Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 31, 2022 @ 3:58pm

Imbasan 2022 Gamit Peristiwa & Tragedi Penting Sepanjang Tahun

Sepanjang tahun 2022, rakyat seluruh dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mengalami beberapa peristiwa penting yang telah memberi impak besar kepada hidup masing-masing.

Imbasan 2022, dokumentari khas terbitan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 akan bersiaran selama satu jam pada 31 Disember 2022, pukul 5.30 petang.

Ia juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta di YouTube dan Facebook Buletin TV3.

Tahun 2022 merupakan tahun yang penuh dengan pancaroba. Sudah pastinya ia memberikan cabaran besar kepada para petugas media. Sebagai program berita yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, Buletin TV3 sentiasa berusaha untuk memberikan laporan berita terkini yang sahih kepada umum dan tidak ketinggalan juga menerbitkan dokumentari khas untuk menyingkap peristiwa penting seperti Soal Rakyat, Pembentangan Bajet 2023, Mandat Rakyat dan 119 Jam Menuju Putrajaya.

Imbasan 2022 menyingkap tragedi dan peristiwa penting yang berlaku di Malaysia dan luar negara sepanjang tahun 2022. Antaranya, Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali, banjir besar di Baling, Kedah serta perubahan lanskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tidak ketinggalan juga berita – berita luar negara iaitu Ratu Elizabeth II, monarki Britain yang paling lama bertakhta, mangkat pada usia 96 tahun dan secara langsung, putera sulung baginda, Putera Charles, 73 tahun, menaiki takhta sebagai Raja.

Dokumentari ini juga menyentuh situasi perang Ukraine-Rusia dan kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Bagi bidang sukan, acara utama semestinya Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Argentina menjulang kejuaraan.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Imbasan 2022 pada 31 Disember 2022, hari Sabtu, pukul 5.30 petang dan anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Trending Thu, 4 Jul 2019

Making Cendol the new Boba?

Twitter users debates whether the nation’s well-loved dessert should replace the boba trend.

Trending Mon, 12 Aug 2019
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022

“Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana…” – Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Seriuslah weii, harga beg dia boleh beli kereta RR syatuuuuuu😱😱😱