Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 9, 2023 @ 2:25pm

“Anniversary Yang Ke-10 ‘Double Line’, Hadiah Untuk Zain” – Rozita Che Wan Positif Covid-19

Hasrat pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 11 Disember ini terbantut selepas disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Isteri kepada aktor, Zain Saidin itu memaklumkan segala perancangan untuk majlis tersebut sudah lengkap namun reda dengan ujian menimpanya.

“Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan ke -10 itu sudah siap. Jemputan, lokasi majlis, solekan, busana pun sudah diatur.

“Tapi apakandaya, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong.

“Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya.

Ditanya mengenai keadaannya kini yang melakukan kuarantin kendiri di banglo mewah di Damansara, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.

“Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.

“Pada 9 Disember lalu, saya buat lagi ujian kendiri COVID-19 dan masih positif. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.

“Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan depan.

“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu di kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.

“Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat. Selain itu saya akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan,” katanya yang baru-baru ini turut menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023.

Menerusi perkongsian di TikTok pula, Che Ta juga memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan alat ujian kendiri COVID-19 yang menunjukkan positif.

“Anniversary yang ke-10 double line – hadiah untuk Zain.

“Kami beritahu kat Zain, ‘Sayang I double line’.. Zain baru ja nak senyum. Terus kami cakap, positif Covid,” tulisnya ringkas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Jul 2022
Featured Tue, 8 Feb 2022
Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Muna Shahirah Berdangdut Dengan Lagu Datanglah Sayang

Muna Shahirah cabar diri bawa genre dangdut

Featured Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

Sharif Zero berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Events Mon, 4 Feb 2019

Misha Omar Masih Power, Walau Dilabel Persembahan Statik

Sampai Bila buat bulu roma meremang!

Hiburan Fri, 13 Mar 2026

Pernah Diugut Sihir & B*nuh, Ezzanie Jasny Syukur Gangguan Akaun Palsu Kini Berhenti Selepas Lapor Pihak Berkuasa – “Hidup Saya Kembali Tenang”

Menurut Ezzanie, ancaman yang diterimanya ketika itu cukup menakutkan sehingga membuatkan dia hidup dalam ketakutan

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
error: Content is protected !!