Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 8, 2023 @ 6:03pm

“Nampak Ditampal Dalam Lif…” – Terdetik Niat Nak Kerjakan Umrah, Angeline Tan & Suami Terima Tajaan Ke Tanah Suci Tak Sampai Sehari!

Pelakon Angeline Tan tidak sangka hasratnya untuk mengerjakan umrah termakbul apabila ada pihak sudi untuk menaja dia dan suami, Sabri Yunus ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.

Memetik laporan mStar, dia menerima berita gembira tersebut kurang daripada sehari dia meluahkan hasrat selepas terlihat iklan pakej umrah dalam lif sebuah hotel.

“Saya macam tak percaya! Kurang daripada 24 jam,” katanya.

Berkongsi lanjut tentang niatnya, Angeline memberitahu dia menerima pelbagai tajaan majlis resepsi perkahwinan mereka namun tiada yang menawarkan tajaan menunaikan umrah.

Menurutnya, terdetik dihatinya untuk ke Tanah Suci Makkah apabila melihat pakej umrah yang di tampal di dalam lif.

“Ketika berada dalam lif hotel itu ada banner pakej umrah yang beritahu harganya RM7,000 dan umrah cuti RM9,000.

“Dalam hati ketika itu saya kata, umrah pun ada umrah cuti ke?

“Jadi terlintas di fikiran saya kenapa semua orang bagi saya majlis resepsi (tajaan), kenapa tak ada orang ingin sponsor saya umrah,” ujarnya.

Untuk rekod, Angeline dan Sabri mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober lalu dan diraikan menerusi majlis kenduri yang diadakan di Hotel Grand Barakah Ampang pada 3 November lalu.

Dua hari kemudian, pasangan itu sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Glo Damansara.

Sabri memberitahu mereka bakal diraikan dalam tiga lagi kenduri selain satu lagi bakal diadakan di kampung halamannya di Kelantan tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Panas! Pelakon Terkenal Ini Bercinta Dengan Kaum Sejenis?

Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexsual, and Transgender) bukanlah sesuatu isu yang baru di negara kita. Meskipun isu ini agak sensitif, namun masih ada yang terlibat dengan gejala ini

Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Trending Fri, 20 Nov 2020

SFMM35: Nabila Razali Tidak Dapat Membuat Persembahan Peluang Kedua

Atas faktor kesihatan, Nabila tak dapat buat persembahan.

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

10 Pesanan ‘Power’ Sharifah Sakinah Buat Auddra – “Jangan Baca Komen, Pujian Pun Boleh Jadi Racun”

Sharifah Sakinah pesan pada Oddah selepas masuk dunia industri hiburan

Events Thu, 6 Dec 2018

Duet Dengan Anak, Tun Siti Hasmah Antara Kejutan Di Konsert Duo Lagenda

Jamal memberitahu persembahan Duo Lagenda bakal diserikan dengan gesekan biola isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah. Ayuh dapatkan tiket segera!

Trending Tue, 1 Dec 2020
error: Content is protected !!