Jijik! Lakukan Persetubuhan Dengan Kambing, Warga Emas Ini Mengaku Tidak Bersalah

Seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina.

Menurut laporan polis, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan tersebut  di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada jam 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang dikenali Shaari Hassan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

“Tiada tawaran jaminan memandangkan ia kes serius!”

Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah memaklumkan, tiada tawaran jaminan memandangkan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mahkamah menetapkan 24 Disember depan adalah tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Terdahulu, pada 28 Julai 2021 berita mengenai perbuatan jijik warga emas ini dilaporkan media kerana melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya.

 

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin