“Macam Kena Brainwash!” – Video Anak Kandung Tukar Nama ‘Ber-bin-kan’ Bapa Tiri Cetus Sensasi Netizen

Sebuah video seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja bertemu dengan bapa kandungnya setelah lebih setahun tidak berjumpa akibat perceraian ibu bapa meraih perhatian wargamaya di Twitter.

Video yang tular itu memaparkan bapa kandung kanak-kanak tersebut berjumpa di sekolah anaknya dengan bantuan polis dan reaksi wajah kanak-kanak itu kelihatan sedih seperti tidak kenal bapa kandung sendiri.

Apabila ditanya namanya, lelaki itu terkejut kerana nama anaknya sudah berubah ‘bin’.

Netizen juga turut bersimpati dengan kanak-kanak tersebut seperti menjadi mangsa perceraian ibu bapanya dan keliru bagaimana nama anak itu boleh ditukarkan.

Ada juga netizen yang memohon agar mendengar cerita kedua belah pihak sebelum membuat sebarang konklusi.

Video yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @MALAYSIAVIRALL itu meraih hampir 70,000 tontonan dan hampir 1,300 ulang ciap.

Maya Basir