“Masa Dia Lari Tu, Gugur Jantung!” – Aksi Bahaya Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen ‘Kecut Perut’, Siap Panjat Balkoni Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan 10 tahun ini ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Mana taknya, kanak-kanak ini dilihat bermain di luar kawasan balkoni rumahnya yang berketinggian lebih 10 tingkat.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak ini dilihat sempat berlari-lari anak sambil memandang ke bawah dan memanjat pagar balkoni rumah tanpa disedari ibu bapanya.

Malah, lebih merisaukan lagi apabila kelihatan adik kanak-kanak berkenaan turut berada di kawasan sekitar balkoni tersebut.

“Ya Allah dik, tu bukan taman permainan…”

Reaksi kanak-kanak ini sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila ibu bapa tidak memainkan peranan dalam memantau dan menjaga keselamatan anak mereka.

Kes melibatkan kanak-kanak terjatuh dari bangunan tinggi tanpa disedari oleh ibu bapa mereka bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita pada hari ini.

Justeru itu, perhatian dan keselamatan anak-anak terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat sebegini haruslah diberi keutamaan bagi mengelak perkara yang tidak diingini terjadi.

@utusanonlineAnak siapa ini? Ibu bapa mohon pantau anak-anak di rumah.

♬ original sound – Utusan Malaysia

 

Salma Syahbuddin