Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 20, 2022 @ 6:13pm

Peminat Cemburu Lihat Kakak Aliff Syukri Satu Flight Dengan Aktor Korea Lee Jae Wook – “Peh, Jealous Ah!”

Umum mengetahui, aktor korea Lee Jae Wook selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi mengadakan sesi pertemuan bersama peminatnya di Malaysia.

Ketibaannya itu telah disambut meriah oleh rata-rata peminat yang sanggup menunggunya di lapangan terbang.

@ftnnra Lee Jae Wook datang Malaysia🔥 #leejaewook #leejaewookinkl #leejaewookedit #janguk #alchemyofsouls #alchemyofsoulskdrama #alchemyofsoulsseason2 #jaewook #jaewookedit #koreanactor #korean #actor #fyp #fypシ #LeeJaeWook #foryourpage ♬ have of yall not even big chile – 🆘

Walaubagaimanapun, terdapat sesuatu perkara yang mencuri perhatian warganet apabila usahawan Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra dipanggil Kak Yatie berkongsi video situasi dalam kapal terbang ketika pulang bercuti dari Korea bersama keluarganya.

Menerusi hantaran tersebut, kakak kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri itu sedang merakam setiap ahli keluarganya di dalam kapal terbang tanpa dia menyedari Lee Jae Wook berada di belakang kerusi anaknya.

“Patutlah bila lalu sebelah tu dia ghisau je tengok Kak Yatie tengah live dalam flight hahaha. Tak sempat lah nak interviewkan Lee Jae Wook untuk korang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa cemburu melihatnya berada di dalam satu kapal terbang yang sama dengan aktor korea tersebut dan turut berkata dirinya itu beruntung.

“Hahaha Kak Yatie kalau I dah pengsan bangun balik, pengsan balik.

“Kak Yatie padahal kat luar fans-fans dia tengah tunggu ketibaan dia. Kak Yatie lek lek je dalam tu satu flight hahaha.

“Jank Uk tengah popular sangat sekarang ni tau, orang lain bayar nak tengok dia. Untunglah Kak Yatie.

“Kalau I memang dah tak tidur dah dok perhati je tengok dia hahaha.

“Pehh jealous ahhh!” komen netizen

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 31 Oct 2020
Trending Mon, 4 Jan 2021
Hiburan Sat, 5 May 2018

Lee El was Once So Broke, She Could Only Afford a Cup of Tea

It was tough for her before acting in Goblin and Hwayugi.

Featured Wed, 22 May 2024

“Cukuplah Kak Long Je Yang Gagal Dalam Perkahwinan, Tak Nak Adik Lalui Benda Yang Sama” – Bella Astillah

Sebaknya! Tak ada kakak yang nak adik-adik dia rasa susah macam mana yang dia rasa😥