familuv By: Halimey Zamal December 8, 2022 @ 6:29pm

Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Konvokesyen.. Video Pelajar & Bapa Buat Netizen Sebak

Hari Konvokesyen adalah saat yang dinantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas mencari ilmu.

@apan0012 Al fatihah mak #tiktok #fyp #fypシ #2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Apan

Tular satu hantaran di laman TikTok seorang mahasiswa dari Universiti Selangor (Unisel) yang menggunakan akaun @apan0012 memaparkan dia bersama keluarga meraikan hari istimewa itu.

Graduan tersebut telah menerima satu hadiah iaitu potret wajah arwah ibunya untuk diabadikan bersama menyebabkan dirinya tidak dapat menahan sebak mengalirkan air mata.

“Hadiah convo untuk abang.

“Tak sempat mak nak teman abang, mak pergi dulu tinggalkan kami. Al-Fatihah buat mak,” tulis keterangan di ruang kapsyen.

Sementara itu, lebih memilukan apabila jubah konvo itu disarung oleh bapanya sebagai tanda penghargaan segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Meninjau di rungan komen, wargamaya sebak melihat perkongsian tersebut malah ada yang mengakui telah mengalirkan air mata.

Netizen juga turut mendoakan agar graduan tersebut diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

“Air mata aku banyak keluar hari ini.

“Tahniah dik awak dah buat arwah ibumu bangga dengan awak.

“Sayunya hati saya tengok, moga terus kuat dan tabah. Alfatihah untuk ibu di sana,” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 278,000 tontonan dan lebih 29,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Oct 2023

Nabila Huda Bongkar ‘Rahsia’ Ketiak Putih, Netizen Komen: “Tak Geli Ke? Kalau Aku Dah Menggelupur”

Agak-agak rasa apa ek? Lepas ni bela Oyen je lah, takyah buat treatment memutihkan dah🤣🤣🤣🤣🤣

Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!

Featured Wed, 11 Apr 2018

Amboi Ligat Shopping Raya Nampak! Puasa Dah Habis Ganti Ke Belum?

Kita beria-iya membuat persiapan Hari Raya lima bulan lebih awal, tetapi tidak pula beria-ia mengatur persediaan menyambut puasa?

Featured Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Nazim Othman Lelaki Lembut?

Bagaimanapun, Nazimm langsung tidak mengambil peduli kata-kata kecaman peminat dan netizen diluar sana yang sibuk memperkatakan tentang beliau