Events By: Salma Syahbuddin July 31, 2023 @ 5:30pm

Program Lepak Geng Utagha, Inisiatif Ajak Anak Muda ‘Meriahkan’ Masjid

Inisiatif untuk menarik minat anak muda datang dan mengimarahkan masjid wajar diberikan perhatian apatah lagi ramai dalam kalangan mereka yang kini berlumba-lumba dengan gajet masing-masing.

Justeru, bagi menarik minat golongan ini, Masjid Darul Murtadha Dakwah Centre, Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan satu program yang digelar Program Lepak Geng Utagha.

Program yang julung kali dianjurkan ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid khasnya dalam kalangan anak muda di sekitar negeri Kedah terutamanya dalam mencorak kehidupan yang positif dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah yang berfaedah termasuklah melakukan kerja-kerja kebajikan.

Menurut Pengasas Yayasan Murtadha Berhad, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof, matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan ini dalam usaha memperkasakan bangsa, agama dan negara.

“Bagi mendekatkan anak muda dengan majlis ilmu, peserta diajak untuk turut serta dalam kuliah Dhuha sebelum program bermula.

“Sesi kuliah itu turut  menampilkan barisan tokoh agamawan popular seperti Ustaz Firdaus Firabid, Ustaz Ahmad Yusof, Ustaz Abdullah Khairi dan penampilan khas bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia, Baddrol Bakhtiar.

“Manakala, antara program yang boleh disertai adalah, pertandingan bola sepak Liga Sepak Penalti dan sukan elektronik dikenali Madad E-Football 23 Mobile,” katanya.

Dalam pada itu, program ini juga adalah sebagai One Stop Centre, bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah solat, tetapi juga diperluaskan kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan, termasuk menyediakan pelbagai aktiviti sihat, sesuai kehendak lapisan masyarakat terutamanya golongan anak muda.

Bahkan, program Lepak Geng Utagha ini adalah kesinambungan penubuhan Kelab Budak Masjid iaitu  inisiatif untuk mendekatkan anak muda datang ke masjid termasuklah memberikan wang sagu hati sebagai ganjaran kepada mereka yang datang untuk solat berjemaah di masjid sekitar Kedah.

“Menerusi program ini, Yayasan Murtadha Berhad memberikan wang saguhati kepada anak muda yang hadir untuk solat berjemaah di masjid.

“Masjid Darul Murtadha juga mengambil iktibar daripada zaman Rasulullah yang memperluaskan peranan masjid kepada pusat aktiviti masyarakat dalam usaha mengeratkan ukhwah penduduk setempat,” jelasnya.

Selain itu, beberapa lagi usaha turut dilakukan bagi menarik orang ramai khasnya golongan anak muda mengimarahkan masjid.

Antaranya, menyediakan hotel kapsul sebagai kemudahan buat musafir untuk berteduh sebelum memulakan perjalanan dan kemudahan taman permainan bagi kanak-kanak untuk menggalakkan anak-anak dan ibu bapa mengunjungi masjid.

Sekadar info, Masjid Darul Murtadha merupakan sebahagian projek pembangunan Murtadha Dakwah Centre yang meliputi pembangunan rumah warga emas, kompleks tahfiz integrasi dan stadium e-sport, hub sukan sunnah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sweet! Maya Matahari Mengaku Dah Berpunya

Pelantun lagu Diari Biru ini juga memohon agar semua peminat mendoakan agar jodohnya kali ini lebih baik dan kekal selamanya.

Featured Fri, 20 Oct 2023
Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

Baru Berusia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Tomok Pandai Nyanyi Lagu Janji Padamu!

Anak-anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdik mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Tomok di platform TikTok […]

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Fattah Dan Fazura Sudah Bersedia Untuk Hidup ‘Bertiga’

Semoga cepat-cepat dimakbulkan Allah…

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Perbualan WhatsApp, Anak Ozlynn Terima Pujian Solat & Mengaji Di Masjid

Pelakon Ozlynn berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq dimuat naik di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) Menerusi hantaran terbabit, Ariq […]

Trending Wed, 17 Feb 2021

“Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Takutnya, apapun semoga Andi Bernadee kembali sihat…

Trending Thu, 12 Apr 2018

Nak Tau Bagaimana Rupa Pemilik Suara Seksi Dalam Iklan Yusuf Taiyoob? Tengok Video Ini

Suara lelaki dan perempuan dalam iklan itu menggoda sungguh, padahal ianya untuk iklan kurma!