Rangka Manusia Dipercayai Mati Dibunuh Di Australia Sah Rakyat Malaysia

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai penemuan rangka manusia  di New South Wales, Australia yang dipercayai dibunuh oleh sindiket dadah.

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun mengesahkan rangka tersebut merupakan rakyat Malaysia yang ditawarkan pekerjaan di ladang sindiket dadah didalangi oleh warga asing di sana.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa terbabit berusia 25 tahun dipercayai dibunuh lebih setahun lalu dan berasal dari Sarawak, lapor Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Laporan media tempatan berhubung kematian lelaki dipercayai warga Malaysia di Australia adalah benar.

“Mangsa dikatakan memasuki Australia pada November 2016 menggunakan visa pelancong dan ditawarkan sebagai pekerja ladang oleh sindiket berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan Polis Australia, mangsa dikenal pasti sebagai Chong Khai Wong atau Jacky itu dilaporkan pernah hilang dan dipercayai mati antara 25 Disember 2020 hingga 8 Januari 2021.

Bagaimanapun, Ayob Khan menjelaskan siasatan lanjut mengenai insiden ini masih diteruskan oleh pihak Australia dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada PDRM dari semasa ke semasa untuk tindakan lanjut.

Ayob Khan berkata, siasatan masih diteruskan pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Sumber/Kredit Foto: Berita Harian

Aqilah Paharuzi