Events By: Salma Syahbuddin April 27, 2022 @ 3:50pm

Rumah Bonda Nafi Wujud Pemerdagangan Bayi, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Buat Individu Sebar Fitnah

Setelah pelbagai spekulasi timbul terhadap pengurusan pertubuhan kebajikan, Rumah Bonda, akhirnya satu kenyataan dibuat berhubung perkara tersebut.

Menurut Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda, pihaknya memaklumkan sedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.

“Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda juga memandang serius percubaan pihak tertentu yang mengganggu keluarga angkat, menyebarkan maklumat dan gambar mereka di media sosial serta mendesak mereka untuk membuat laporan polis palsu dengan mendakwa berlaku kegiatan penjualan bayi di rumah perlindungan Rumah Bonda,” katanya.

Tindakan undang-undang akan diambil

Sebelum ini, Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda mendakwa maklumat sulit itu didedahkan dan disebarkan secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat oleh individu tertentu di media sosial.

“Kita percaya maklumat sulit itu telah didedahkan secara tidak bertanggungjawab oleh individu yang merupakan bekas kakitangan Rumah Bonda,” jelasnya.

Justeru itu, pihak peguam dan pihak Rumah Bonda juga akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

 

Sumber: Sinar Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jan 2022
Featured Thu, 11 May 2023

[VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

Alahai comel sangat ni! tak boleh bawak bincang.🤣🤣🤣

Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sah! Comel Pipi Merah Belum Ada Akaun Instagram

etakat ini, Siti belum memutuskan untuk membuka akaun Instagram rasmi Siti Aafiyah. Mungkin dia ada alasan tersendiri dan mahukan ruang,” katanya.

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf

familuv Tue, 12 Mar 2019

Anak berbohong, ibu bapa jangan panik!

Ketahui sebab mengapa anak menipu dan cara atasinya.

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Cakra Khan Tidak Mahu Lagi Bersedih!

Sibuk berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

Featured Thu, 10 May 2018

Ini Cara Mudah Untuk Buatkan Kasut Anda Kalis Air, Selamatkannya Daripada Lencun

Selepas ini, tak perlu risau lagi kalau terpijak lecah.

| Live TV

error: Content is protected !!