Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2022 @ 4:41pm

Scammer Kejam! Wanita Kongsi Modus Operandi Wang RM163,000 Lesap Dalam Tempoh 1 Hari Babitkan 4 Buah Bank

Baru-baru ini ramai yang berkongsi kehilangan duit dalam bank akibat dicuri oleh ‘scammer’ bahkan, ada yang kehilangan duit hampir ratusan ribu ringgit dalam masa yang cukup singkat.

Justeru itu, wanita yang dikenali sebagai Azura Adnan, 37, tampil berkongsi kisahnya yang kehilangan wang sebanyak RM163,000 dalam masa sehari membabitkan empat buah bank.

Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Facebook miliknya, Azura memaklumkan dia turut mengalami kemurungan selepas hampir keseluruhan wang simpanannya lesap.

“Duit saya lagi banyak kena scam  tinggal kes tak viral sahaja. Hancur lebur… Kemurungan.

“Hampir tiga minggu saya kemurunagn teruk, rasa dunia gelap, rasa hilang semangat untuk teruskan hidup.

“RM163,000 tak akan saya boleh lupa sampai bila-bila. Public Bank, Cimb Bank, Maybank, Bank Rakyat,” tulisnya.

 

Sementara itu, Azura memaklumkan sebelum dia menyedari kehilangan duit simpannya itu, dia telah menerima satu panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran barang.

“Pekerja penghantaran memaklumkan dia telah menghantar barang terlarang dan ia berada di balai polis,” katanya.

Dan selepas berbual dengan pekerja tersebut, panggilan kemudian disambung kepada seorang individu lain yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

“Lelaki itu kemudian memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.

“Ketika itu, saya keseorangan di rumah, dan saya terus panik serta ketakutan, yang akhirnya bertindak menurut segala arahan pegawai berkenaan.

“Malah, ‘pegawai’ itu juga telah mengugut mahu mengeluarkan waran tangkap serta memberi arahan supaya perkara tersebut tidak didedahkan kepada orang lain,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Azura berkongsi ini adalah peristiwa paling pahit untuknya dan keluarga kerana ujian datang berganda-ganda apabila pada 16 Ogos lalu, beliau juga telah kehilangan ayah tercinta.

 

Terdahulu, kecoh dimedia sosial apabila seorang pakar perunding perubatan dan nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah berkongsi mengenai berita kehilangan wang simpanannya sebanyak RM13,000 dalam sekelip mata.

Kisahnya tular apabila beliau membuat satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan tahap keselamatan sebuah bank selepas hampir 30 tahun setia bersama institusi kewangan tersebut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2020
Featured Tue, 31 Mar 2020
Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Thu, 30 Dec 2021

“Pakwe Kau Handsome? Botak Tak?” – Song Mino Berbahasa Melayu, Peminat Malaysia Terhibur

Penyanyi rap Korea Selatan, Song Mino, 28 baru-baru ini tampil di dalam satu video TikTok peminatnya yang menunjukkan dia berbahasa Melayu. Peminatnya yang dikenali sebagai Sara berasal dari Malaysia berpeluang membuat panggilan video bersamanya di […]

Featured Wed, 8 Jun 2022

[VIDEO] Akibat Gugup, Lelaki Tersasul Ketika Akad Nikah – “Dengan Mas Kahwin 500 Juta Tunai…”

Lain macam dia punya tersasul tu 🤣 Nasib sempat sedar kalau tak mana nak cekau 500 juta, bayar guna duit jutaria pun belum tentu tak cukup 🤭

Featured Sun, 13 Aug 2023
Trending Fri, 26 Jun 2020