Tak Sampai 15 Jam Muat Naik Satira Kartun Monyet, Fahmi Reza Ditahan Polis

Nama aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza tidak asing lagi dan sering dikaitkan dengan kontroversi melalui lukisan yang dihasilkannya.

Kecoh di ruangan media sosial Twitter mengenai lukisan karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di laman media sosialnya itu telah meraih perhatian wargamaya.

https://twitter.com/kuasasiswa/status/1514245281327378434?ref_src=twsrc%5Etfw

Susulan itu, Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan dan memberi keterangan atas lukisan terbabit.

Menerusi sebuah ciapan, dia memaklumkan dirinya dihubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah #AktaHasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira #beruk yang aku post malam tadi.

“Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ini juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM,” katanya.

https://twitter.com/kuasasiswa/status/1514466543140171776?ref_src=twsrc%5Etfw

Memetik laporan Kosmo, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Fahmi disoal siasat di balai polis Dang Wangi dan permohonan perintah reman akan dilakukan di mahkamah.

“Hantaran tersebut telah mendapat 12,000 maklum balas, 3,400 komen dan dikongsi 966 kali sejak dimuat naik dan telah mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5) dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sumber: Kosmo

Aqilah Paharuzi