Tampil Dengan Melodi Rancak, Lagu ‘Aduhh!!!’ Menjadi Kolaborasi Pertama Douglas Lim & SonaOne

Tidak pernah diduga, pelawak, pelakon dan penyampai radio Douglas Lim ternyata mempunyai impian untuk menerbitkan lagu hip hop nyanyiannya sendiri.

Impiannya itu telah berjaya direalisasikan menerusi sebuah projek khas terbitan Def Jam Malaysia bersama Alternate Records.

Bukan itu sahaja, ini juga merupakan kolaborasinya yang pertama bersama penyanyi rap dan penerbit hip hop terkenal, SonaOne menerusi lagu berjudul ‘Aduhh!!!’

“Memang impian saya sejak sekian lama untuk merakamkan sebuah lagu hip hop, jadi kala SonaOne bersetuju untuk membantu saya menjayakan projek ini, saya benar-benar gembira.

“Saya berlatih dan berlatih berkali-kali sebelum rakaman namun dia membuat pengalaman ini menjadi seronok serta sangat menarik,” kata Douglas.

Proses rakaman lagu ini berjalan lancar untuk kedua-duanya telah memberikan yang terbaik dan juga menonjolkan kekuatan masing-masing demi melengkapi intipati lagu ini.

“Saya berlatih dan berlatih berkali-kali sebelum rakaman namun dia membuat pengalaman ini menjadi seronok serta sangat menarik,” kata Douglas.

Sebuah lagu hip hop berbentuk satira yang nakal dengan melalodi yang rancak serta ‘hook’ yang hebat.

‘Aduhh!!!’ Menceritakan tentang kisah keyakinan diri yang jitu dan boleh dicontohi sesiapa sahaja dalam kehidupan harian.

“Bayangkan ia seperti seorang jejaka yang sangat yakin dan selesa dengan penampilannya sehingga merasa dia terlalu kacak sampai ketampanannya itu menyakitkan,” seloroh Douglas

“Saya mahukan lagu ini berentak rancak dan mampu menyemarakkan suasana dengan bunyi yang sesuai bersama mainan.

“Muzik dan komedi memang mampu menyatu seperi yang pernah dibuktikan oleh bintang-bintang dunia seperti Weird Al Yankovic, Jack Black serta bintang tempatan Jin Hackman. Jadi saya sudah menjangkakan bahawa projek ini pasti bakal mudah prosesnya,” katanya.

Dharnieya Nur Amelsa