Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 31, 2022 @ 4:16pm

Tampil Dengan Naskhah Balada, Syafeek Ikhwan Muncul Dengan Lafaz

Single terbaharu Syafeek Ikhwan berjudul Lafaz, merupakan sebuah naskhah balada yang pasti akan menyentuh jiwa para pendengar dengan lirik lagu yang mempunyai maksud mendalam.

Dilancarkan pada 30 Disember 2022 di semua pelantar digital, lirik video lagu ini boleh disaksikan di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Syafeek pernah bergelar juara pertandingan nyanyian i-Sing Dunia 2018 di Perancis dan juga juara program realiti Lagu Cinta Kita 3 terbitan TV3 bersama Zazo Maulana.

Penyanyi berbakat besar ini terus mencuri perhatian para penggemar muzik tanah air dengan karya baharu beliau.

“Saya merasakan bait-bait liriknya sangat unik kerana ia mengisahkan sepasang kekasih yang menyesal kerana tidak menghargai apa yang ada di depan mata.

“Mereka ingin menebus kesalahan, memulihkan hubungan yang keruh dan mengharapkan peluang kedua. Namun semuanya sia-sia kerana ia hanyalah fantasi semata-mata dan bukan realiti.

“Justeru, lagu Lafaz membawa mesej kepada para pendengar terutamanya mereka yang mempunyai pasangan hidup agar sentiasa menghargai orang di sekeliling kerana belum tentunya ia akan kekal di sisi,” katanya.

Menurut Syafeek, dia berharap agar semua pendengar dapat menghayati makna dalam lirik lagu ini dan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokongnya.

“Saya berharap agar semua pendengar dapat menghayati bait-bait lirik yang mempunyai mesej positif untuk kongsi bersama.
Saya juga berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi semangat untuk saya terus berkarya,” kata Syafeek.

Lafaz juga merupakan runut bunyi kepada drama Bukan Lelaki Terhebat yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 26 Januari 2023.

Drama bersiri 15 episod ini telah diinspirasikan dari novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad merupakan terbitan Orangetree Production, diarahkan oleh Eoon Shuhaini menampilkan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama.

Lafaz sesuai dengan jalan penceritaan drama bersiri ini kerana ia mengisahkan cinta tiga segi dan membawa mesej untuk menghargai hubungan yang sedia ada.

Lagu Lafaz ini boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan lirik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents bermula 30 Disember 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Kongsi Momen Beli Belah, Peminat Single Komen: “Sendunya Kehidupan Aku…”

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat mesra bersama tunang, Dahlia Rizal. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di laman TikTok ketika dia […]

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Dikecam Suara Tak Power? Janna Tak Ambil Hati

Tambah Janna, dia tidak sesekali akan membuat kenyataan ‘ Kalau Tak Suka Tak Perlu Dengar’ kerana kedengaran sebagai bongkak pula…Tak apa Janna, usaha tangga kejayaan!

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

梁志强首与台湾演员合作!年初一「强攻」贺岁档

梁志强首与台湾演员合作,打造一部融合刺激动作及梁式幽默的动作喜剧;年初一「强攻」贺岁档,齐齐「杀」出好票房!

Hiburan Tue, 16 Aug 2022

“Saya Dah Lama Tak Hubungi Dia” – Naim Daniel Bersuara Isu Iman Troye Sombong Selepas Popular

Sudah lama tidak berhubung dengan Iman Troye, Naim Daniel tidak berani berkata apa-apa.