Kisah Viral By: Aisyah Badrul May 8, 2020 @ 3:48pm

Taska Di Johor Bharu Ini Lakukan Social Distancing Untuk Elak Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru sahaja dijalankan beberapa hari yang lalu. Ramai rakyat Malaysia sudah mula keluar bekerja seperti biasa. Bila dah mula bekerja, ibu bapa pun perlu menghantar anak mereka ke pusat jagaan (taska).

Korang pernah terbayang macam mana nak kawal kanak-kanak untuk amalkan penjarakkan sosial? Kalau lah orang dewasa pun boleh ingkar, inikan pula kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa kan.

Namun, ternyata sebuah taska di Johor Bharu berjaya mendidik kanak-kanak dalam melakukan penjarakkan sosial di taska itu. Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Nurrulakhira Azman.

SOP taska PKPB. Yer mmg nampak mustahil utk kawal anak2 tapi itu la yg terbaik setakat ni. Bila mak ayah kena masuk…

Posted by Nurrulakhira Azman on Wednesday, May 6, 2020

Pihak taska ini juga telah sanitize seluruh kawasan taska tersebut sebelum dibuka untuk memastikan kebersihan tempat itu terjaga dan selamat.

Mereka juga telah mengeluarkan SOP yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa penjaga sebelum menghantar anak mereka ke taska itu.

Hand sanitizer turut disediakan oleh pihak taska kepada kanak-kanak. Apa yang penting, aktiviti yang melibatkan sentuhan sama sekali tidak dibenarkan di taska ini.

Sebelum datang ke taska, ibu bapa perlu memandikan anak mereka terlebih dahulu dan jika suhu badan kanak-kanak tinggi, penjaga mereka perlu mengambil mereka pulang ke rumah.

Kredit foto: Facebook Kids Paradise Care Centre JB

Tempat tidur kanak-kanak juga dijarakkan supaya mereka tidak mendekati antara satu sama lain.

Bagus betul pihak taska ini menguruskan taska mereka mengikut SOP. Mungkin taska-taska lain juga perlu melakukan perkara yang sama.

Sumber: Facebook Kids Paradise Centre JB & Nurrulakhira Azman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Netizen Mulut Pedas Tegur Sharifah Sakinah Menari Terkinja-Kinja Di Negara Orang

Semoga yang baik-baik sahaja buat Sharifah Sakinah 😇

Featured Thu, 2 Mar 2023

Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

‘Dia jatuh terkena bucu katil.. dia yang minta maaf.. Luluh hati menghadap perkara ni’ – Azhan Rani 😥 Apapun guys, kita doakan Fasha segera sembuh ya 🤲🏻🥹

Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Thu, 10 Nov 2022

“Aku Bukan Tak Nak Support Industri Muzik Malaysia, Tapi…” – Netizen Kritik Lagu Baru Ratu Farah

Bagi pengguna tegar aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian sehingga mencuit hati penonton. Terbaharu, pempengaruh TikTok itu sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila […]