Categories: Kisah Viral

Tular Foto Rider Food Panda Berbasikal, Ada Individu Murah Hati Ingin Memberinya Motosikal

Baru-baru ini tular sekeping gambar menyentuh hati seorang penghantar makanan Food Panda yang menaiki basikal mengantar makanan yang dipesan oleh pelanggan. Kesungguhan pemuda itu mencari rezeki dengan menaiki basikal menyentuh hati warganet yang melihatnya.

Rata-rata warganet kagum dengan kesungguhan dan sikap terpuji lelaki tersebut yang tidak memilih pekerjaan dalam mencari rezeki yang halal.

Selepas perkongsian ini menjadi tular,Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk Seri Sanjeevan Ramakrisnan,hari ini meminta sesiapa yang mengenali lelaki tersebut untuk berhubung dengan beliau menerusi akaun Twitter miliknya.

Menurut Sanjeevan, beliau akan menghulurkan sebarang bentuk pertolongan kepada lelaki berkenaan dan berkemungkinan akan menghadiahi pemuda itu sebuah motosikal untuk memudahkan pemuda itu melakukan kerjanya. Mulianya hati beliau.

Perkongsian Sanjeev ini telah meraih 2.7 ribu likes dan 3.9 ribu retweet. Usaha murni ini telah menerima pujian yang positif daripada warganet.

Ada juga netizen yang mendedahkan bahawa dia mengenali ibu kepada pemuda tersebut yang dikatakan bekerja sebagai pengutip kotak di Sri Rampai.

Sumber: Twitter @SanjeevanSS

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover