Undang Sebak Netizen… Isteri Excited Sambut Suami Balik Kerja Dengan Kek Birthday, Tapi Tak Dilayan!

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya adalah harapan setiap pasangan apabila ikatan suci sebagai suami isteri dilafazkan.

Sudah tentu setiap daripada kita mengimpikan kehidupan bahagia tanpa adanya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian.

Namun berbeza dengan perkongsian seorang isteri yang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen kerana usahanya tidak dihargai suami.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @saha mengundang sayu orang ramai apabila wajahnya kelihatan teruja menunggu suami di sebalik pintu dengan kek yang dinyalakan lilin.

@c_ehem

sakit tak berdarah

♬ suara asli – Bayu Barera – Bayu Barera

Malah, apabila suami membuka pintu dan melihat isterinya, dia langsung tidak memberikan senyuman dan terus berlalu meninggalkan isterinya yang kelihatan teruja seorang diri.

“Sakit tak berdarah,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

Netizen berasa kecewa selepas melihat isteri tersebut masih tersenyum walaupun diperlakukan sebegitu, namun tiada siapa yang tahu isi hatinya.

“Ya Allah, kesian saya tengok” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati dan sedih dengan layanan yang diberikan kepada isteri.

Malah, rata-rata berasa tidak puas hati dengan tindakan suami yang tidak menghargai usaha isteri sehingga membuatkan isterinya terdiam sambil memegang kek.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 15.5 juta tontonan dan 1.1 juta tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

Marcella