[VIDEO] 14 Hari Hilang Di Sungai Aare Switzerland, Anak Gabenor Indonesia Kini Ditemui Dalam Keadaan…

Selepas 14 hari hilang akibat lemas ketika sedang mandi di Sungai Aare, Switzerland, putera sulung Gabenor Jawa Barat Indonesia, Ridwan Kamil akhirnya ditemui.

Penemuan mayat Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih mesra disapa dengan panggilan Eril itu difahamkan ditemui di pintu kawasan perairan Engehalde, Bern pada Rabu.

Memetik laporan Kompascom, jenazah Eril akan dibawa pulang ke Indonesia pada hari Ahad dan akan dikebumikan pada Isnin ini.

 

Justeru, perkhabaran mengenai penemuan jenazah Eril amat disyukuri oleh seluruh ahli keluarga, malah rakyat Indonesia yang tidak putus berdoa agar Allahyarham ditemukan dengan segera.

Menjengah di laman sosial Ridwan Kamil pula, beliau dilihat bersyukur dan berterima kasih di atas usaha semua pihak yang terlibat dalam misi pencarian anaknya itu.

Malah, beliau juga sempat memberi gambaran mengenai keadaan anaknya sulungnya itu ketika ditemukan dan memaklumkan jenazah juga berbau harum.

“Walau sudah 14 hari, jasadnya masih utuh, lengkap dan tidak kurang satu apapun. wajah rapi melihat ke kanan dan wangi seperti wangi daun Eucalyptus.

“Maha besar Allah, selama 14 hari sungai Aare benar-benar melindungi dan mensucikan jasadnya dari marabahaya,” tulisnya.

Terdahulu, Eril dilaporkan hilang ketika berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra dan rakan mereka di sungai yang panjangnya melintasi tiga wilayah Bern, Solothurn dan Aargau serta empat danau iaitu Danau Brienz, Thun, Wohlen dan Biel pada 26 Mei lalu.

Sumber: Kompascom, Instagram

Salma Syahbuddin