Trending By: Attiqah Mohd January 14, 2021 @ 6:39pm

“Kita Akan Jaga Punca Rezeki Rakyat Sebaiknya” – Tengku Zafrul

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula di beberapa negeri, Kerajaan hari ini memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia dan para pelabur bahawa pelbagai sektor ekonomi dan ekosistem kewangan tetap dibuka. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan sudah memberi jaminan bahawa bekalan perlu akan dipastikan mencukupi supaya aktiviti ekonomi utama boleh terus berfungsi.

“Kita akan menjaga punca rezeki Rakyat sebaiknya. Saya memahami bahawa keadaan yang kita hadapi adalah di luar jangkaan.


“Kerajaan telah berkali-kali membuktikan bahawa kita tidak akan berkompromi di dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi,” katanya ketika membentangkan laporan LAKSANA Ke-36 secara maya hari ini.


Dari segi perniagaan dan ekonomi pula, Tengku Zafrul berkata sektor pembuatan dan perkhidmatan penting juga masih dibenarkan beroperasi termasuk rantaian bekalan sektor-sektor tersebut.


Malah, bagi pengusaha kecil dan mikro, gerai-gerai juga masih boleh dibuka dan beroperasi dalam tempoh ini, walaupun dengan SOP yang lebih ketat, contohnya pembeli hanya boleh membeli secara bungkus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Nov 2020
Events Wed, 14 Sep 2022
Featured Tue, 18 Feb 2020

Soulmate, nyanyian terakhir BCL buat Ashraf…

Ashraf Sinclair meninggal di usia 40 tahun

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Sun, 14 May 2023
Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Trending Mon, 25 Nov 2019

Recruiting New Agents! Suit Up With New Ejen Ali The Movie Merchs From CJ WOW SHOP This December!

Ejen Ali Fans! Get excited this December because Ejen Ali The Movie merchs will be available on CJ WOW SHOP with an exclusive price!

| Live TV