Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 31, 2022 @ 2:14pm

“Kita Tunggu Proses Seterusnya” – Puteri Sarah Lega Ira Kazar Dipanggil JAWI

Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, mengesahkan Ira Kazar sudah tampil memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), minggu lalu.

Ketika ditemui XTRA, Puteri Sarah menolak untuk berkongsi butiran lebih lanjut kerana enggan menganggu siasatan.

“Dia sudah tampil memberikan keterangan dan pegawai sedang menjalankan siasatan.

“Proses ini mengambil masa untuk dikaji. Jadi, Insya-Allah proses akan ke tahap seterusnya.

“Proses seterusnya, kena tunggulah.

“Saya tak boleh berkongsi kerana masih dalam proses siasatan kes gangguan orang ketiga. Manakala, kes di Mahkamah Sivil juga sedang berjalan untuk dakwaan melakukan gangguan,” katanya ketika ditemui pada sidang media teater Maduku Terpaling Kalut di Ibu Negara, semalam.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia lega apabila segala-galanya berjalan dengan baik.

“Sarah lega, ada perkembangan.

“InsyaAllah, doakan ada kemenangan di pihak Sarah dan keadilan untuk Sarah dan anak-anak.

“Kes ini mungkin mengambil masa yang panjang, tetapi Alhamdulillah, ia berjalan.

“Saya tak kisah berapa lama, asalkan apa yang diusahakan berjalan,” katanya.

Disoal mengenai adakah dirinya diganggu dalam laman sosial selepas aduan dibuat, Sarah mengatakan tiada sebarang gangguan setakat ini.

“Tiada gangguan sebab saya sudah memberikan injuksi. Jadi, mereka tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.

“Kalau ada, saya akan beritahu peguam saya. Hidup saya lebih aman dan damai,” jelasnya.

Minggu lalu, Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.

Ira disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Dalam pada itu, Sarah bakal muncul dalam pementasan teater Maduku Terpaling Kalut di PJPAC, 1 Utama pada 29 September sehingga 2 Oktober 2022.

Selain Sarah, teater Maduku Terpaling Kalut kali ini adalah naskhah yang dipentaskan buat kali ketiga, menampilkan pelakon popular seperti Anna Jobling, Azrel Ismail serta tiga pelakon baru antaranya Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.

Tiket boleh dibeli di laman web www.onetix.com.my atau pembelian secara terus di kaunter mengikut kekosongan tempat duduk.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Terinspirasi Dengan Aliff Syukri, Ammar Ahyan Minat Nak Sertai Bidang Politik

Ammar Ahyan simpan minat nak ceburi bidang politik.

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Teruskan Tradisi Berkongsi Rezeki, Amal Kebajikan Setiap Ramadan.. A Aida Pegang Pesanan Arwah Ayah: “Sedekah Itu Ubat Segala Penyakit”

Datuk A Aida tidak pernah lupa meraikan staf syarikat produksinya, A Aida Productions, serta rakan-rakan terdekat melalui majlis berbuka puasa.

Trending Thu, 9 Apr 2020

Agong Dan Pemaisuri Bebas COVID-19, Kini Selesai Jalani Kuarantin

Umum mengetahui bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjalani kuarantin diri berikutan wabak Coronavirus yang menyebabkan beberapa petugas Istana Negara dijangkiti […]

Trending Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Thu, 29 Dec 2022

Lucu… Niat Nak Membantu Tapi Tersalah Skrip.. Pandainya Jebat Jayden Berlakon Jual Barang!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh usahawan Noor Nabila di laman Instagram memaparkan anak lelakinya, Jebat Jayden sedang membantunya berlakon untuk mempromosikan barang. Menerusi hantaran tersebut, Jebat yang melihat ibunya sedang menyapu cuba […]

Trending Fri, 4 Jun 2021

Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM

Haa, jangan hasut orang lain wahai si antivaksin

error: Content is protected !!