Trending By: Yanie Baharom March 14, 2018 @ 1:15pm

KL Special Force Catat RM4.7 Juta Dalam Tempoh 4 Hari, Gadis Cantik Ini Buat Ucapan Istimewa Untuk Datuk Rosyam Nor! Alahai ‘Sweet’nya…

Mesranya gadis dalam dakapan Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor seperti dalam gambar ini. Hah! jangan terlalu cepat membuat andaian, kerana kalau nak tahu gadis yang menggunakan akaun Instagram @_aniskiss itu merupakan anak ke-2 kepada Rosyam Nor bernama Anis.
 
Anis yang juga pengusaha butik muslimah, Bidadari Contemporary, dikatakan anak Rosyam yang paling cantik dalam lima beradik. Malah sangat manja dengan papanya selain peneman setia Rosyam ke majlis-majlis  hiburan. 
 
Sampaikan ada yang tersalah-sangka melihat kemesraan pasangan anak-beranak ini. Tambahan pula Rosyam semakin tua semakin kacak, pastinya tidak menghairankan kalau ada gadis muda secantik Anis mahu mendampinginya…
 
Anyway,  ramai yang tersentuh dengan ucapan ‘sweet’ yang dibuat Anis kepada papanya menerusi akaun Instagram miliknya semalam berhubung kejayaan filem Kuala Lumpur Special Force (KLSF) yang mendapat kutipan RM4.7 juta dalam tempoh 4 hari.
 

Foto : Instagram

 
Ini status Instagram Anis, “Congratulations #klspecialforce and congratulations Papa @iamrosyam from Carlos – Castello -Tailong and now Roslan! Lan… (terus tak gangster nama dia) i think by far this is my most favourite character of him (after his role in Laila Isabella) because i rasa he did it smoothly and so casual! And also, suprisingly @fattahaminz played his character veryyyyy well to me. More than what i expected thou. (Dan juga polis yang sangat handsome, thanks) Siapa dah tengok? Share with me please apa yang korang rasa about this movie?
 
Apapun tahniah kepada pengarah  KLSF, Syafiq Yusof, di atas pencapaian hebat filem terbarunya itu yang  meraih kutipan kira-kira RM4.7 juta, sekali gus mencatat rekod baharu syarikat produksi, Skop Productions.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata lebih mengejutkan apabila filem aksi arahan anaknya, Syafiq Yusof, itu turut mencatat jumlah kutipan tertinggi, iaitu hampir RM1 juta, pada hari pertama tayangan, Khamis lalu.

Foto: Instagram

“Jumlah kutipan pada hari pertama tayangan termasuk ‘sneak preview’, iaitu tayangan lewat malam Rabu, berjaya mencatat jumlah kutipan kira-kira RM900,000. Jumlah ini melebihi kutipan hari pertama filem Abang Long Fadil 2, tahun lalu.

“Terus-terang, saya memang tak jangka kerana filem ini lebih serius, tidak seperti Abang Long Fadil 2 yang mempertaruhkan komedi.

Foto : Instagram

Mengulas kejayaan filem berkenaan, pengarah yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man ini berkata, faktor kreativiti dan banyak babak aksi yang dimuatkan di dalamnya berjaya menarik penonton untuk menyaksikan KL Special Force di pawagam.

Tinjauan di media sosial turut mendapati, netizen menggemari hasil sentuhan Syafiq itu dan mereka menyifatkannya sebagai penanda aras baharu untuk filem tempatan.

KL Special Force menyaksikan lakonan hebat Datuk Rosyam Nor bersama-sama bintang popular, Fattah Amin, dan Syamsul Yusof. Ia turut dibantu oleh Tania Hudson, Esma Danial, Sabrina Ali, Ramona Zamzam, Puteri Balqis dan Josiah Hogan.

Foto : Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022
Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023
Trending Tue, 7 Apr 2020

Lebih 4 Juta Pekerja Dapat Manfaat Dalam Pakej Prihatin Tambahan PKS!

Alhamdulillah, sama-sama kita manfaatkan dengan sebaiknya.

Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Khusyuk Ikut Sembahyang, Gelagat Jebat Jayden Curi Tumpuan – “Sekarang Saya Dah Rajin Solat”

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu serta bijak bercakapnya itu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Instagram yang memaparkan gelagat Jebat sedang […]

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Janna Nick sedih dikutuk gemuk, mahu buktikan dia boleh kuruskan badan.

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Fri, 24 Jul 2020