Categories: Trending

Kursus Motivasi Separa Bogel Kejutkan Ramai Pihak

Serius! Kejadian ini berlaku di Malaysia ya.

Sebuah pusat spa kecantikan menganjurkan kursus motivasi dan antara intipatinya ialah ‘kursus motivasi separa bogel’. Kejadian buruk ini berlaku ketika pusat spa tersebut melakukan aktiviti ini di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong.

Seramai 80 orang peserta terlibat dalam kursus tersebut sebelum mereka melaporkan tentang kejadian yang berlaku  kepada pihak polis. Malah, tindakan ‘sumbang’ ini turut  mengejutkan ramai pihak termasuklah penghuni pusat peranginan tersebut dan orang kampung.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, program yang disertai seramai 80 orang peserta wanita yang juga merupakan pekerja pusat spa terbabit antara mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

” Semua peserta yang mendaftar masuk ke resort berkenaan sejak Isnin lalu, bakal menamatkan kursus pada 20 Mac lalu. Dan, berdasarkan laporan yang kita terima para peserta melakukan aktiviti atas padang dengan keadaan tidak senonoh. Malah, gambar peserta berbogel itu juga tular di media sosial Facebook dan menerima kritikan hebat oleh netizen” Katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya sudah mengambil keterangan empat lelaki dan 30 wanita yang terdiri daripada pengendali kursus tersebut. Walaupun sebilangan mereka dilaporkan telah pulang ke Kuala Lumpur.

” Justeru itu, kerjasama daripada mereka untuk datang melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu pihak kami melengkapkan siasatan” Jelasnya.

Siasatan turut dijalankan mengikut seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.

Salma Syahbuddin