Categories: Trending

Kursus PraPerkahwinan Dalam Talian Bermula 1 Julai – Pengarah JAWI

Info penting buat bakal pengantin di luar sana

Bakal pengantin di Wilayah Persekutuan akan diberi kelonggaran untuk mengikuti kursus praperkahwinan secara dalam talian mulai 1 Julai ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata mereka yang bakal mendirikan rumah tangga akan diberi pilihan sama ada menghadiri kursus secara fizikal atau dalam talian bagi menyokong amalan penjarakan sosial dan mengelak perhimpunan ramai.

Penganjur kursus praperkahwinan ini juga biasanya bukan perniagaan besar, selalu peserta dalam satu kursus boleh muat 80 peserta, sekarang mungkin hanya 30 sahaja, ” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

SOP perlu pendekkan masa kursus

Mohd Ajib berkata, bagaimanapun, masih terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi selain modul kursus dipadatkan bagi memendekkan masa kursus.

“Modul 13 jam ini akan dipadatkan namun semua tajuk masih ada dan memenuhi keperluan bakal pengantin yang akan memasuki gerbang perkahwinan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”