Categories: Trending

Hari Belanja Makan Frontliners, Tanda Ucap Terima Kasih Rakyat Malaysia

Masuk hari ketiga PKPP berkuatkuasa dan hampir semua sekatan jalan raya telahpun ditutup, nampaknya frontliners kita bolehlah menarik nafas lega apabila mereka boleh berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Dan, bagi meraikan segala pengorbanan dan penat lelah para frontliners kita, netizen mula mengambil inisiatif dengan melaksanakan “Hari Belanja Makan Frontliners”.

Sumber : Google

Inisiatif ini telah dicadangkan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abduh Nursalam.

“Kalau taknak mereka tahu, bayar senyap-senyap je”

Sebagai tanda terima kasih, pengguna Facebook tersebut sempat mencadangkan sekiranya melihat anggota polis, askar, bomba, jururawat, doktor dan sebagainya berada dimana-mana restoran, diharap dapatlah masyarakat kita membayar makan mereka. Apa salahnya kan?

Ini adalah sebagai tanda terima kasih dan rasa syukur rakyat Malaysia diatas pengorbanan mereka dalam memerangi Covid-19.

Sumber : Facebook

Dan, siapa sangka cadangan tersebut telahpun dikongsi sebanyak 12k setakat ini. Malah, ramai netizen bersetuju dengan cadangan tersebut sebagai tanda ucapan terima kasih diatas penat lelah mereka.

Sumber : Facebook

Semoga tindakan ini memberi impak yang positif buat seluruh rakyat Malaysia. #KitaJagaKita

Salma Syahbuddin