Categories: Trending

11 Lagi Kes Import Positif Covid-19 Libatkan Warganegara Malaysia

Sejumlah 11 kes import positif dilaporkan melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara kini dikuarantin di Melaka.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian beliau di laman Facebook miliknya, kesemua mereka telah disaring untuk sampel kedua pada 9 Jun dan dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambung tempoh kuarantin.

Sumber : Facebook

Mereka ditempatkan di beberapa hospital termasuklah empat kes di Hospital Tumpat, Kelantan, empat kes di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Manakala, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Keda, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak dan Hospital Melaka, masing-masing mencatatkan satu kes.

Terdahulu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan semasa sidang media harian COVID-19, jumlah kes baharu positif pada Khamis kembali meningkat kepada dua angka dengan 31 kes baharu, melibatkan 11 kes import dan 20 kes penularan tempatan.

Salma Syahbuddin