Categories: Trending

Solat Jumaat Ditangguhkan Kepada 19 Jun- JHEAINS

Buat penduduk Negeri Sembilan..

SOLAT Jumaat bagi seluruh masjid di Negeri Sembilan mengikut kapasiti masjid ditangguhkan kepada 19 Jun depan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli berkata, kebenaran solat Jumaat pada esok di negeri itu kekal seperti ditetapkan sebelum ini.

“JHEAINS memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran orang ramai,” katanya dalam satu kenyataannya di Seremban, hari ini.

Kenyataan itu susulan kekeliruan orang ramai mengenai solat Jumaat di semua masjid di negeri itu akan bermula esok.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengeluarkan arahan membenarkan solat Jumaat di lapan masjid terpilih di setiap daerah di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan garis panduan bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid dan surau.

Beliau berkata, garis panduan itu bertujuan memastikan ahli jawatankuasa masjid dan surau serta jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan 4

Warga Malaysia berumur 15-60 tahun yang dibenarkan

Katanya, jemaah yang dibenarkan ke masjid dan surau adalah ahli kariah, warga Malaysia dan berusia antara 15 hingga 60 tahun manakala mereka yang melebihi umur 60, tidak digalakkan.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”