Categories: Trending

KWSP : Permohonan i-Sinar Mula Dibuka Disember Ini

Berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Khamis, Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

Dan, pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan kerja atau mengalami pengurangan gaji”

KWSP juga akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN : KWSP: Program i-Sinar Diperluas Kepada 8 Juta Pencarum, Dinaikkan Kepada RM 10,000

Salma Syahbuddin