Categories: Trending

Kyfa Nishka 3 Bulan Hidap Ketumbuhan Buah Pinggang Dan Kanser Otak, Sayu Hati Netizen..

Kulitnya putih mulus, raut wajahnya sangat tenang namun siapa sangka Kyfa Nishka Al Kautsar Mohd Farham yang baru berusia awal 3 bulan ini menghidapi kanser otak dan ketumbuhan di buah pinggang.

Menerusi laporan daripada Mstar online, Kheiry yang merupakan bapa kepada Kyfa Nishka memberitahu bahawa dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan kepala anaknya yang baru berusia 20 hari. Malah, menurut ibunya Khairiah, baby Kyfa Nishka mempunyai masalah penglihatan dan tidak mempunyai deria, malah Kyfa Nishka juga terpaksa meminum susu melalui tiub. 

Kyfa Nishka disahkan menghidap kanser otak Medullablastoma tahap 4 selepas 21 hari dilahirkan dan turut disahkan menghidapi ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua sentimeter ketika berusia tiga bulan.

Bapa Nishka turut memaklumkan bahawa bayi berusia 3 bulan itu sudah tiga kali menjalani pembedahan untuk membuang tumor di kepalanya. Walaubagaimanapun, saiz tumor yang dihidapi bayi comel itu terus membesar.
Menerusi sebuah perkongsian Instagram milik personaliti televisyen, Rena Hazrena segala rawatan ditanggung oleh pihak keluarga.
Namun jika korang sudi menghulurkan bantuan buat adik Nishka korang boleh menghulurkan sumbangan menerusi nombor akaun tertera di bawah

CIMB 7002814262 (khairiah bt kamarudin)

Ibu bapa Nishka mengharapkan agar orang ramai turut mendoakan keajaiban dan kesembuhan anak mereka secepat mungkin. Kami di Xtra mendoakan agar adik Nishka terus mendapat rawatan dan sembuh seperti sedia kala.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”