Categories: Trending

Lagenda Badminton Negara, Tan Aik Mong Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, telah mengeluarkan kenyataan sebentar tadi bahawa badan itu amat berdukacita dengan pemergian Tan Aik Mong, seorang lagenda badminton negara yang telah memberi sumbangan besar kepada dunia badminton negara pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Mendiang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) selepas bertarung dengan kanser hati pada usia 70 tahun

Ketika hayatnya, mendiang merupakan bekas pengerusi kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pernah menganggotai pasukan Piala Thomas sebagai pemain simapanan pada tahun 1970 serta menjuarai Piala Asia pada 1971.

Mendiang juga turut bergiat aktif mewakili negara dari tahun 1966 hingga 1975 dan berada dalam skuad negara yang meraih pingat perak di Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1970.

Selain itu, mendiang pernah mewakili negara di temasya Sukan SEA dengan memenangi dua pingat perak berada dalam acara perseorangan dan berpasukan di Singapura pada 1973 dan pada Kejohanan Asia yang berlangsung Jakarta pada 1971, mendiang meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki.

Pemergian mendiang pastinya akan dirindui dalam kalangan komuniti badminton di Malaysia.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover