Categories: Trending Hari Ini

Hentikan Penindasan! Rusuhan Minneapolis Merebak Ke 30 Bandar Amerika Syarikat

Kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd ketika ditahan anggota polis baru-baru ini telah menyebabkan rusuhan besar-besaran yang merebak hingga ke 30 bandar Amerika Syarikat.

Sebanyak 25 bandar di 16 wilayah telah menguatkuasakan perintah berkurung selepas tunjuk perasaan berlaku buat lima malam berturut-turut.

Anggota Polis Terlibat Dipecat

Para penunjuk perasaan menuntut agar keempat-empat orang anggota polis yang turut terlibat dalam pembunuhan Floyd ditangkap.

Keempat-empat pegawai itu sudahpun dipecat sementara pegawai polis kulit putih Derek Chauvin, didakwa atas tuduhan membunuh selepas bertindak di luar batas kemanusiaan ketika menahan mangsa. 

Sejak Perang Dunia kedua, ini kali kedua Pasukan Pengawal Negara Amerika dikerah untuk membantu agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan mengawal keadaan.

Untuk maklumat terkini, korang boleh lihat di Youtube Buletin TV3.

Sumber: Harian Metro, The Guardian.

Syafiqa Irdina