Categories: Trending

Kenapa Perokok Berisiko Tinggi Untuk Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Dijangkiti COVID-19?

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa perokok mempunyai risiko lebih tinggi mengalami komplikasi COVID-19 berbanding individu bukan perokok.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, perkara ini boleh berlaku kerana merokok mampu merosakkan fungsi paru-paru dan menjadikan badan pesakit lebih sukar melawan koronavirus dan penyakit yang lain.

“Analisa juga mendapati bagi kes kematian COVID-19 yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik tetapi merokok, jumlah kematiannya lebih tinggi berbanding kes kematian COVID-19 yang bukan perokok (17.6 peratus berbanding 12.1 peratus).

“Merokok merosakkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan COVID-19 dan penyakit lain,” katanya pada sidang media harian Covid-19.

Beliau juga turut menggalakkan perokok yang berniat untuk berhenti namun terbatas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meneruskan niat mereka untuk berhenti merokok.

“KKM dengan kerjasama pihak Persatuan Farmasi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyediakan perkhidmatan kaunseling berhenti merokok atas talian.”

Bagi perokok yang ingin mendapatkan maklumat bahaya merokok dan COVID-19, korang boleh dapatkan melalui melalui aplikasi MySejahtera dan laman sesawang www.jomquit.moh.gov.my juga okay?

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover