Categories: Trending

Kementerian Arah TNB Perjelas Isu Bil Elektrik Melampau

Akibat rungutan dan kekeliruan masyarakat terhadap isu diskaun dan kenaikan bil elektrik yang melampau, pihak TNB hari ini diminta untuk menjelaskan isu tersebut.

Penjelasan terperinci daripada TNB

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan, sebagai menteri beliau bertanggungjawab dan memahami isu ini.

Justeru itu, beliau telah memanggil pihak TNB untuk memberi penjelasan lanjut di pejabatnya , di Putrajaya hari ini berhubung isu kenaikan bacaan dan diskaun yang menjadi tanda tanya rakyat.

Sumber : Google

Katanya, pertemuan itu turut dihadiri oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Ketua Pegawai Retail TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan; Ketua (Pengurusan Hasil) Bahagian Peruncitan TNB, Ir Baharudin Ismail selain Ketua Setiausaha kementerian Datuk Zurinah Pawanteh serta CEO Suruhanjaya Tenaga (ST), Abdul Razib Dawood.

Terdahulu, orang ramai mula menyatakan rasa tidak puas hati setelah TNB menyambung semula pembacaan meter secara fizikal sejak 15 Mei lalu selepas dihentikan akibat PKP.

ARTIKEL BERKAITAN : Ramai Keliru Bil Elektrik Makin Meningkat? Ini Mungkin Penjelasan Berguna Buat Semua

Salma Syahbuddin