Categories: Trending

Tiada Lagi Had Masa Operasi Mesin ATM Bermula Hari Ini

Berita baik!

Jika sebelum ini operasi mesin juruwang automatik (ATM) telah dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini pihak kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan mesin ATM beroperasi seperti biasa, tanpa had waktu.

Perkara ini telah disampaikan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian di Putrajaya pada 31 Mei. Menurut beliau, keputusan akan mula berkuat kuasa pada hari ini (1 Jun), bagi memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan perbankan menerusi ATM.

“Kerajaan memutuskan operasi ATM, yang sebelum ini dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam, boleh beroperasi seperti biasa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Bagaimanapun, orang ramai masih perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial khususnya ketika beratur untuk menggunakan ATM,” katanya.

Walaupun sudah tiada had masa selepas ini, korang tetap kena jaga diri dan melakukan penjarakkan sosial semasa berada di luar tau. Ingat, kita masih belum menang lagi ya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover