Categories: Trending

Larangan Perbincangan Kes Najib Di Media

“ Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah.

“ Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu,” demikian permohonan peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Muhammad Shafee mengemukakan permohonan ini bagi memastikan anak guamnya mendapat perbicaraan adil.

“ Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi ‘perbicaraan’ oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.

Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Untuk berita lanjut mengenai berita ini, terus menonton Buletin Utama di TV3 malam ini atau saksikan catch up di www.tonton.com.my.

SGMS Faida