Categories: Trending

Lebih 10,000 Penduduk Dunia Maut Akibat Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam

Berdasarkan data yang dikumpul AFP, sebanyak 10,010 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah harian tertinggi dicatatkan sejak krisis itu bermula.

Wilayah Eropah termasuk Russia mencatatkan hampir separuh jumlah kes kematian dengan 4,961 kes sehari, manakala Amerika Latin dan Caribbean merekodkan 1,868 kes dan AS (1,330).

Sehingga kini, wabak tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,285,160 penduduk dunia sejak virus itu dikesan di China pada Disember tahun lalu.

Dan, 52,151,580 kes jangkitan direkodkan dengan sekurang-kurangnya 33,563,800 kes sembuh.

Setakat ini, Amerika Syarikat adalah negara paling teruk terjejas dengan 241,808 kematian daripada 10,402,274 kes jangkitan.

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin