Categories: Trending

Lebih Mudah ! Ini Cara Tukar Akaun Shariah KWSP Anda Dengan Hanya Menggunakan i-Akaun

Terdahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2020.

 

ARTIKEL BERKAITAN : KWSP Umum Dividen Konvesional 5.2 Peratus, Shariah 4.9 Peratus

 

Namun, akaun shariah tetap kompetitif jika dibandingkan dengan akaun konvensional. Dan, secara amnya semua pemegang akaun KWSP adalah pemegang akaun konvensional.  Justeru itu, pemohon yang ingin menukar ke akaun Simpanan Shariah boleh lah ikuti langkah-langkah di bawah ;

Sumber : KWSP

Cara Tukar Akaun Shariah KWSP

Bagi pemegang akaun KWSP yang mahu menukar akaun sedia ada (konvensional) kepada akaun simpanan Shariah mestilah memiliki i-Akaun terlebih dahulu.

 

Namun, jika pemohon belum memiliki akaun tersebut bolehlah menukar melalui aplikasi i-Akaun.

 

 

Berikut merupakan cara menukar akaun shariah  KWSP anda ;

  1. Layari portal rasmi i-akaun di www.kwsp.gov.my
  2. Klik Simpanan Shariah
  3. Akan tertera “Your EPF account is currently not Syariah compliant”
  4. Tekan Daftar/Register
  5. Sahkan maklumat peribadi anda
  6. Klik e-Akad, kemudian tekan Seterusnya
  7. Klik butang Confirmation (Pastikan maklumat peribadi adalah betul dan tepat)
  8. Klik butang proses TAC
  9. ACKNOWLEDGEMENT- pemegang akaun boleh buat salinan dan simpan maklumat berkenaan
  10. Pemegang/ pemohon akan menerima pesanan ringkas mengenai pemberitahuan tarikh berkuatkuasa simpanan shariah anda

 

Bagi mana-mana ahli yang menukar Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah, ahli TIDAK boleh menukar sesuka hati pilihan simpanan tersebut selepas tarikh berkuatkuasa. Sebagai contoh, Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah DAN menukar semula Simpanan Shariah  kepada Simpanan Konvensional.

 

Malah, dividen Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh shariah dan tiada jaminan dividen minima 2.5 peratus.

 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai akaun KWSP ini, anda bolehlah layari www.kwsp.gov.my

 

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas i-Lestari, KWSP Bakal Tawar Program Bantuan e-CAP Untuk Golongan Ini…

ARTIKEL BERKAITAN : KWSP Bimbang, 30 Peratus Ahli Hanya Tinggalkan RM100 Untuk Simpanan Akaun 1

 

Sumber : KWSP

Salma Syahbuddin