Categories: Trending

Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM 1800

Hukuman denda sebanyak RM 1800 dikenakan terhadap peraih getah Che Mohd Karim Che Hamid atas kesalahan berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun dan poligami tanpa kebenaran.

Hukuman dikeluarkan di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang oleh Hakim Mohd Surbaineey Hussain di mana sebanyak RM900 bagi setiap pertuduhan selepas beliau mengaku bersalah terhadap kedua-dua kesalahan itu.

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Terdahulu, Che Mohd Karim yang memakai kopiah hitam, kelihatan gelisah apabila kedua-dua tuduhan itu dibaca terhadapnya di hadapan Mohd Surbaineey.

Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.

Bagi tuduhan kedua pula, Che Mohd Karim didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900.

Berita lanjut menyusul, terus menonton Buletin Utama di TV3 pada jam 8 malam ini.

SGMS Faida