Trending By: Salma Syahbuddin August 30, 2021 @ 1:59pm

Lembah Klang Kini Sudah Boleh Beralih Fasa – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantarannya di Facebook memaklumkan, Lembah Klang kini boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

Bagaimanapun, perkara tersebut akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan Kabinet yang dipengerusikannya nanti.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80%!

“Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement.”Katanya.

Ismail Sabri juga dilaporkan berkata pada Ahad, kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang kini telah mencecah sehingga 89.5 peratus.

Terdahulu, beliau mengumumkan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diberi tempoh sehingga akhir September untuk memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi COVID-19 sebanyak 50 peratus bagi populasi dewasa.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 May 2019

Suami Kongsi Kisah Bila Si Isteri Kena ‘Try’ Dalam Pesawat Air Asia

Untuk jejaka itu, kalau anda sedang membaca artikel ini, kami doakan anda bertemu jodoh dalam masa terdekat.

Trending Fri, 2 Mar 2018

Takziah Keluarga Mendiang Evelyn Gek Suan

Wanita berusia 44 tahun itu meninggal dunia awal pagi tadi selepas bertarung nyawa hampir tiga bulan. Dalam kejadian yang menyayat hati itu, Evelyn dilanggar dari arah belakang di Batu 2, Jalan Kapar yang menyebabkan kecederaan parah.

Trending Tue, 22 Feb 2022

Wah, Baby 22.02.22 Juga! Dapat Baby Boy, Jamal Abdillah Sambut Kelahiran Anak Kelima

Nampaknya tarikh 22.02.22 dimeriahkan dengan kelahiran anak selebriti tanah air! Selepas Kaka Azraff dan Syamel, penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 63, turut menyambut kelahiran anak kelimanya bersempena tarikh istimewa hari ini. Isteri Jamal,

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan

Trending Wed, 20 Jun 2018

Pembantu Trump Undur Diri?

Nampaknya Joe juga mengucapkan selamat tinggal kepada presiden AS itu! Beliau juga menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau kerana dipecat.

Trending Mon, 19 Aug 2019

Nafsu songsang Miley musnahkan rumah tangganya bersama Liam!

Khabarnya Miley mempunyai hubungan dengan Kaitlynn Carter!

| Live TV

error: Content is protected !!