Categories: Trending

OMG! Limpahan Najis Punca Pulau Boracay Ditutup?

Kalau korang ada plan untuk bercuti ke Pulau Boracay, hold dulu ya! Ini kerana pulau peranginan itu dilaporakan berada dalam keadaan sangat kotor. Ish, kenapa agaknya jadi begini?

Pulau peranginan popular itu dilapor dipenuhi najis! Ish, sayang sekali sebab sebelum ini pulau Boracay antara pulau tercantik di Asia. 

Ekoran itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengancam menutu pulau itu jika tiada tindakan lanjut diambil. 

Duterte memberi tempoh masa 6 bulan kepada Setiausaha Alam Sekitar Roy Cimatu supaya menyelesaikan masalah itu.

“Sekiranya tidak, Duterte tidak teragak-agak menutupnya demi menjaga kesihatan dan keselamatan jutaan pelancong yang berkunjung.

“Saya akan menutup Boracay. Ia sudah menjadi penakung najis. Airnya terlalu busuk. Bau apa? Najis. Kerana semuanya dari Boracay,” lapor Agensi.

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Pelancongan Wanda Teo memberitahu Boracay yang menjadi tumpuan pelancongan bakal hilang status sebagai pulau terindah dunia dan syurga pelancong jika pencemaran perairannya berterusan.

Jurucakap jabatan, Ricky Alegre berkata kerja itu dilakukan beberapa premis di kepulauan tersebut di mana mereka melepaskan sisa kumbahan terus ke laut.

“Ada segelintir premis secara haram mengalihkan saluran kumbahan mereka.

“Daripada 150 premis perniagaan yang baru diperiksa pihak berkuasa kebelakangan ini, hanya 25 mempunyai saluran kumbahan sewajarnya,” katanya petik AFP.

Kepulauan yang terletak 190km ke selatan Manila itu menerima kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun, menjana 56 bilion peso (RM4.3 bilion) keuntungan setahun.

 

SGMS Faida