Trending By: SGMS Faida September 23, 2018 @ 2:00pm

Liwat Sembilan Pelajar Tahfiz, Tenaga Pengajar Ditahan Polis!

Harapkan pagar, pagar pula makan padi! Tergamak seorang guru agama yang sepatutnya melindungi pelajar di sebuah Tahfiz meliwat sembilan pelajar di pusat berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 September.

Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.

“ Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.

“ Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Zainuddin meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kes berkenaan diminta melaporkan kepada PDRM untuk mendapat tindakan sewajarnya.

“ Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara ini terus terjamin,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber polis, kesemua sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Pada masa ini, kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing. – BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Mar 2018

2岁儿害iPhone「锁机47年」母崩溃

中国一名陆姓妈妈让2岁半儿子玩手机时,因为孩子疯狂输错解锁密码,导致出现「请25114984分钟(约47年)后再试一次」,让她超级傻眼与懊悔。

Hiburan Fri, 5 Aug 2022
Featured Wed, 26 Feb 2020

Ibu paksa ustazah merangkak di depan murid diserang Bawang Rangers

Pemilik akaun Ajakati Ajakatin tutup akaun

Featured Mon, 4 Oct 2021

Rentas Negeri Dikhabarkan Bermula Jumaat Ini, Kadar Vaksinasi Dijangka Capai 90 Peratus

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabru baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas negeri yang bakal bermula tidak lama lagi. Justeru, terdapat pelbagai pandangan mengenai kebenaran tersebut khususnya dalam kalangan pakar virologi dan epideomologi Menurut

Trending Mon, 11 Jan 2021
Trending Thu, 24 May 2018

Kritik Atas Talian, Trump Tidak Boleh Sekat Pengguna Twitter!

Menyekat akses ke akaun @realDonaldTrump milik presiden tersebut dianggap melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Thu, 12 May 2022

| Live TV