Categories: Trending

Lombok Di Landa Gempa Bumi 7.0 Skala Richter

Gempa bumi dengan kekuatan 7.0 pada skala Richter melanda beberapa kawasan di Lombok Utara, Daerah Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada hari Ahad, 5 Ogos 2018 jam 6:46 ptg (waktu Indonesia Barat).

Pihak berkuasa tempatan masih lagi menilai kerosakan kepada bangunan dan struktur, serta keadaan warga yang berada di Lombok.

Kedutaan juga sedang menyelaras tindakan dengan kerjasama polis Indonesia (POLRI) dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) untuk mengenalpasti sekiranya ada rakyat Malaysia yang terkesan akibatgempa kali ini. Kedutaan juga menghubungi warganegara Malaysia yang mendaftar sejak kejadian gempa bumi pada 29 Julai 2018 lalu.

Impak gegaran kuat ini juga turut dirasai masyarakat di sekitar daerah Bali. Satu amaran tsunami juga telah dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG). Oleh yang demikian, warganegara Malaysia yang berada di kepulauan berdekatan dengan Lombok diminta untuk menghindari kawasan-kawasan pesisiran pantai sehingga arahan berikutnya daripada pihak berkuasa Indonesia.

Perkongsian dari Partisan and Alternative News
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan .. #prayforlombok #lombokearthquake #lombokgempabumi
SGMS Enal