Categories: Trending

Lombok Bergegar Lagi, Rakyat Malaysia Diminta Bertenang

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kini mengaktifkan bilik operasi bagi membantu rakyat Malaysia yang berada di Pulau Lombok yang memerlukan bantuan konsular berikutan kejadian gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter petang tadi.

Rakyat Malaysia yang berada berada di Pulau Lombok diminta bertenang dengan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel mwjakarta@kln.gov.my / jkonsular@gmail.com,” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.

Gegaran gempa bumi kuat di Lombok Utara jam 6.46 petang tadi turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur. – AFP

 

SGMS Faida