Categories: Hiburan

Kes Penemuan Dadah Uqasha Senrose Selesai

Pelakon Uqasha Senrose pernah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan di atas penemuan dadah jenis Eramin 5 dalam beg tangannya pada bulan Mei lalu. Bagi peminat Uqasha, jangan risau, kini kes sudah pun selesai.

“Kes sudah ditutup dan semuanya sudah selesai. Sebenarnya, tiada apa yang berlaku pun. Saya juga tidak mahu mengungkit lagi kejadian itu. Kini, tiba masanya untuk saya fokus kepada kerjaya lakonan,” katanya 

Selain akan turut berhati-hati dalam berkawan, perkara yang sama turut membuatkan dirinya lebih matang dan kini ingin menjauhkan diri daripada perkara negatif.

“Semuanya bergantung pada pendirian kita. Saya juga akan menjauhkan diri dari perkara yang negatif. Kejadian yang berlaku turut mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga yang sentiasa menyokong,”

SGMS Enal