Categories: HiburanSelebriti

Yana Samsudin Tidak Mahu Bersalaman Kenapa?

Selebriti Korea, Suk Jin yang juga ahli Running Man datang ke Malaysia dalam program CJ WOW Shop, memang gamat habis! Tetapi apa yang mendapat perhatian, tindakan Yana Samsudin menolak bersalaman dengan selebriti itu.

Menerusi video dimuat naik Yana, ketika dirinya bertemu selebriti itu selaku pengacara program, Suk Jin ingin bersalaman dengannya namun Yana menolak secara baik, sambil menjelaskan beliau hanya bersalaman dengan wanita.

Rata-rata tindakan Yana menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim itu mendapat pujian. Ramai turut bangga dengan sikap Yana yang profesional menolak dan harus dijadikan contoh buat selebriti lain.

Bagi peminat Running Man, pastinya tahu kehadiran Suk Jin dan See Chan semalam ke program tersebut memang kecoh habis dengan telatah lucu mereka. Dalam program itu, Yana menjadi host bersama beberapa pengacara lain

SGMS Enal