Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 11, 2024 @ 5:52pm

Luka Masih Basah, Faisal Halim Perlu Jalani Rawatan Mingguan

Selepas berdepan insiden di simbah asid oleh dua individu bermotosikal ketika berada di pusat beli-belah di Kota Damansara pada awal Mei lalu, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim masih belum sembuh sepenuhnya.

Memetik laporan Harian Metro, Faisal perlu terus menerima rawatan setiap minggu khusus untuk mencuci lukanya yang masih lagi basah.

Justeru, penyokong bola sepak yang merindui kelibat Faisal untuk beraksi di atas pandang perlu menunggu lebih lama lagi.

Malah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon Johan menyatakan fokus utama adalah untuk memastikan luka Faisal sembuh sepenuhnya sebelum dia memasuki fasa seterusnya.

“Keutamaan kita buat masa ini adalah supaya lukanya kering sepenuhnya. Selagi lukanya belum kering, dia tidak boleh memulakan aktiviti lasak.

“Dia ada membuat fisioterapi ringan yang tidak berpeluh sangat supaya ototnya tidak terlalu keras.

“Dia perlu melengkapkan fasa pertama ini dahulu sebelum boleh mula memasuki fasa kedua. Masih ada luka basah ketika saya melawatnya sebelum ini, ada kuning-kuning yang saya tidak pasti, mungkin nanah tetapi yang jelasnya luka itu belum lagi kering,” katanya.

Namun begitu, Johan memaklumkan bahawa Faisal menunjukkan perkembangan yang positif dan tidak sabar untuk kembali beraksi.

“Perkembangannya sangat memberangsangkan apabila doktor memaklumkan dia memerlukan tempoh tujuh minggu di hospital, tetapi dia sudah keluar dalam tiga ke empat minggu.

“Sepatutnya dia menjalani sembilan pembedahan tetapi hanya empat pembedahan saja.

“Saya rasa ini berkat doa seluruh rakyat Malaysia dan ketika ini, dia hanya fikir untuk kembali ke padang. Semangatnya begitu besar, tetapi badannya masih belum bersedia.

“Saya katakan kepada Faisal supaya dapat bersabar, ambil masa untuk sembuh sepenuhnya dan fokus kepada kecergasan sebelum dapat kembali bermain,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim: 3 Cap Jari Di Lokasi Tiada Dalam Rekod JPN

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Mula Berjalan & Aktif, Terus Ceria Jadi ‘Dirinya Kembali’

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Kulit Paha Bakal Jadi ‘Korban’… Bantu Tutup Kesan Lecur Pada Badan

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Jun 2018

Netizen Berang, Kisah Sebenar Awek Dipukul Kekasih Durjana Viral!

Kisah sebenar video itu didedah oleh rakan baik lelaki berkenaan. Lantas, membuatkan netizen naik berang dengan alasan yang diberikan.

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Anak soleh Arrian ni 🥺 Moga semua yang terbaik saja buat anak-anak Fatin Afeefa ❤️

Trending Tue, 7 Nov 2023
Trending Sat, 16 Oct 2021

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai […]

Trending Sun, 3 Nov 2019
Trending Tue, 11 Feb 2020
Trending Mon, 21 May 2018

Malaysian Team Takes Home Gold Medal in Asian Pastry Cup

The group will be moving on to the Olympics of pastry soon!

error: Content is protected !!