Trending By: Salma Syahbuddin December 14, 2020 @ 10:17am

Mana Diva AA? 2 Pasangan Tersingkir, Jom Check Ranking & Komen Penuh Juri Minggu Ke-5!

Minggu ke-5 program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) yang berlangsung malam tadi menyaksikan 10 pasangan yang berentap untuk mengekalkan kedudukan mereka.

Pada minggu ini, juri meletakkan impian yang tinggi dengan mengharapkan kesemua peserta dapat memberikan persembahan yang ‘outstanding’.

Minggu ini, Elly Mazlein keseorangan mengendalikan LCK2 memandangkan keadaan kesihatan Azwan Ali tidak begitu mengizinkannya untuk hadir mengacarakan program ini.

Bukan itu sahaja, pentas LCK2 juga turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Misha Omar dan Hafiz Suip yang akan membuat persembahan penutup untuk episod 5 kali ini

Okay, kalau korang nak tahu outstanding ke tidak persembahan pasangan LCK2 kita pada malam ini, jom kita recap kedudukan dan komen juri pada minggu ini!

Kael & Evi

Ajai – 58%

Mas Idayu – 60%

Hael Husaini – 70%

Lagu – Bila Resah

Tampil dengan lagu Bila Resah yang dipopularkan oleh Anuar Zain, Kael dan Evi nampaknya mengekalkan momentum mereka dengan memberikan persembahan yang baik setiap minggu.

Ajai : Pitching bukan lagi satu masalah. Jangan lupa komunikasi kamu dalam nyanyian duo. Persembahan akan nampak berbeza jika lagu itu di tujukan kepada pasangan kamu. So, kamu perlu teliti sikit.

Mas Idayu : Bagi mummy tidak ada masalah. Cuma Kael, diawal tadi cuma perlu ada penegasan. Itu sahaja.

Darling & Adly

Hael Husaini – 85%

Ajai – 80%

Mas Idayu – 78%

Lagu – Terlanjur Cinta

Persembahan yang agak mencuri perhatian pada minggu ke-5 ini. Persembahan yang baik dengan penghayatan yang mampu memukau penonton, tidak hairanlah jika Darling dan Adly mendapat pujian dari Ajai dan Hael.

Ajai : I almost cry dengan korang persembahan tadi. Pada saya dia mengimbaskan kembali semua memori-memori. So, that means penyampaian awak tu sampai. Dan saya tidak pernah dengar orang menyanyi lagu ini sesedap pada malam ini. Tahniah pada kamu!

Hael Husaini : Saya macam tengah tengok teater dan saya tak rugi beli tiket nak tengok teater ni. Bagi saya, ini persembahan terbaik korang sepanjang LCK2.

Hariz & Mafa

Mas Idayu – 75%

Hael Husaini – 85%

Ajai – 72%

Lagu – Lagu Untukmu

Persembahan yang tidak pernah mengecewakan dari pasangan ini, namun ada beberapa aspek yang perlu dipelajari untuk mengekalkan momentum mereka setiap minggu.

Hael Husaini : Yang best pasal persembahan korang malam ini ialah, anda memberi contoh kepada orang diluar sana terutamanya penyanyi bagaimana menyanyi secara duet. Dan saya puji juga keberanian korang untuk bawa lagu begini.

Mas Idayu : Kalau bagi Mummy, cuma ada bahagian lagu yang perlu dimaniskan bukan sepanjang masa keras. Yang lain,mummy suka cuma persembahan pentas mummy kurang suka.

Balqis & Amir

Ajai – 55%

Hael Husaini – 75%

Mas Idayu – 50%

Lagu – Laskar Pelangi

Kalau pada minggu lepas persembahan Amir dan Balqis menerima kritikan dari juri namun, minggu ini Ajai mengakui terdapat keserasian dalam nada nyanyian mereka.

Ajai : Music is about fashion. Saya sebenarnya selesa dengan ton Amir. Dan Balqis ada pengalaman untuk beraksi di atas pentas. Dan, minggu ini nampak sangat Amir ada chemistry dengan Balqis.

Hael Husaini : Overall performance, anda telah memberi persembahan yang bagus dan chemistry anda telah membuktikan dan persembahan anda telah menebus persembahan minggu lepas.

Yazmin & Syahmi

Mas Idayu – 50%

Hael Husaini – 65%

Ajai – 48%

Lagu – Tiada Lagi

Nampaknya persembahan yang diiringi dengan alunan violin dari Genervie sekali lagi memukau penonton. Malah, Yazmin juga turut menyanyi dalam bahasa Filipina yang sekaligus memberi kelainan dalam persembahan duet mereka.

Mas Idayu : Okay, mummy takde masalah dengan lagu ini diberikan kepada anda. Namun, penjiwaan mummy ada masalah. Sebab awak punya konsentrasi hilang. Dan kalau awak tambahkan penjiwaan mungkin okay.

Hael Husaini : Kelebihan awak disini adalah awak boleh menyanyi dalam bahasa filipina. Tapi bila part tengahtu dia macam messy sikit.

Ajai : Yazmin macam worry sikit malam ni. Dalam nyanyian berjaga-jaga sikit pada part tinggi.

Khareez & Nadeera

Mas Idayu – 70%

Hael Husaini – 70%

Ajai – 57%

Lagu – Menghapus Jejakmu

Persembahan yang agak ‘sweet’ ini nampaknya masih ada kelemahan yang perlu dibaiki. Namun, lagu Menghapus Jejakmu ini masih dianggap baik dengan persembahan dari Nadeera dan Khaleez.

Ajai : Sebenarnya takde masalah dengan penghayatan. Cuma a problem comes from Khareez for the first verse. Jangan lupakan low note, kamu perlu energy yang kuat. Fokuskan low note kamu.

Hael Husaini : Overall performance saya suka. Kerana, awak tidak mengikut lagu asal.

Mas Idayu : Mummy suka! pitching, original, projection, dynamic semua ada dalam lagu ni.

Ariff & Hidayah

Mas Idayu – 58%

Hael Husaini -56%

Ajai – 53%

Lagu – Ku Pinjam Satu Bintang

Walaupun persembahan pasangan ini sentiasa mendapat tempat dihati mummy, namun minggu ini nampaknya nasib tidak menyebelahi Hidayah dan Ariff apabila terpaksa disingkirkan.

Ajai : Hidayah kena pandai seiringkan projection dengan pasangan. Saya takde masalah dengan feel awak. Tapi, apabila Ariff buka suara, suara awak tenggelam tau. Feeling tu akan lebih nampak kalau projection awak kuat.

Mas Idayu : Mummy kalau dari segi vokal kedua-duanya balance. Tetapi, mummy ada problem korang kena tahu ini program tv. Kena tunjukkan performance, interaksi dengan penonton.

Fariqwan & Mina

Mas Idayu – 49%

Hael Husaini – 65%

Ajai – 38%

Lagu – Bicara Rasa

Bagi pasangan Fariqwan dan Mina, juri mengakui Mina banyak melakukan kesilapan dalam persembahan pada minggu ini. Bagaimanapun, kedua-duanya masih terselamat daripada tersingkir di minggu ke-5.

Ajai : Banyak kesilapan malam ini daripada Mina. Pitching, low note sampai harmony. So penghayatan automatik terganggu. Fokus kepada lontaran note-note itu.

Hael Husaini : Saya puji dengan persembahan anda malam ini. Fariqwan awak ada projection yang lantang. Mina, awak kena jaga projection.

Syafiq & Serra

Mas Idayu – 80%

Hael Husaini – 85%

Ajai – 85%

Lagu – Drama

Membawakan lagu bergenre rancak ini nampaknay mendapat pujian dari para juri.

Ajai : Nak nyanyi lagu rancak kena hidupkan lagu itu. Dari segi projection, penghayatan, dynamic A dik.

Mas Idayu : Mummy, takpernah lagi bagi markah 80 kepada sesiapa.

Iss Arffan & Mya

Mas Idayu – 55%

Hael Husaini – 75%

Ajai – 60%

Lagu – Jampi

Membawakan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini, nampaknya persembahan pasangan ini juga diberikan kredit menerusi penyampaian lagu tersebut.

Hael Husaini : Bila awak buat dua kali modulation and tak rosak pun lagu tu. And, saya puji usaha korang.

Mas Idayu : Awak tahu kesalahan awa, and bila awak sedar kesalahan awak jangan tunjuk. Selebihnya, mummy kagum dengan apa yang awak buat. Next, perbetulkan apa yang salah okay!

Sama seperti minggu ke-4, minggu ke-5 juga menyaksikan dua penyingkiran iaitu, pasangan Ariff, Hidayah dan Yazmin dan Syahmi.

Apapun, jangan lupa saksikan Lagu Cinta Kita 2 pada minggu hadapan dan pastikan undi peserta kegemaran korang pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Apr 2024

Mengaku Curang Bersama Muaz Zabir, Netizen Back Up Bella Astillah – “Cannot Brain Lah Mentua Macam Ni!”

Patutlah ramai netizen selalu compare kan mak mentua Puteri Sarah dengan yang lain-lain. Hmm😥

Trending Tue, 2 Jun 2020
Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Featured Thu, 26 May 2022
Trending Tue, 27 Apr 2021
Trending Sun, 11 Feb 2018

Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Dari Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’