Categories: Trending

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

Dia telah memuat naik video ini di YouTube yang menunjukkan dia sikit lagi je nak kena langgar dek sebuah lori trailer yang besar gedabak.

Lepas dia dah hilang kawalan motosikalnya, tak tahu macam mana dia boleh menyelit pula di antara tayar-tayar trailer tu dan akhirnya berjaya bergerak ke seberang jalan dengan selamat!

Ngeri tak, bila tengok?

“Kalau saya bergerak lebih laju atau lebih perlahan daripada tu, mungkin nasib saya tak sebaik ini,” katanya dalam kapsyen video ini di YouTube.

Hammy nampaknya tak cedera sangat, calar-balar biasa je. Memang nyawa dia panjang!

Walaupun dia terselamat dari accident ni, tak semestinya orang lain pun akan terselamat. So mat-mat moto di luar sana jangan pandai-pandai pula nak cuba buat aksi ni ye!

Pentingkan keselamatan ya!

Sumber: Hammy Moto @ YouTube

Ad Ops