Trending By: Padin January 7, 2022 @ 5:06pm

Media Prima Audio Lancarkan Stesen Radio Baharu: Molek FM, Gu Pantai Timur

Pihak pengurusan Media Prima Audio (MPA) telah mengumumkan pembukaan stesen radio terbaharu dibawah naungannya iaitu Molek FM, Gu Pantai Timur pada 30 Disember yang lalu.

Pengumuman mengenai barisan penyampai Molek FM yang akan menyerikan stesen radio berkenaan baru sahaja diumumkan di Bekwoh Santai Molek FM yang berlangsung hari ini.

Molek FM, stesen radio kelima di bawah naungan MPA, menyasarkan pendengar yang berada di negeri Kelantan dan Terengganu yang berusia 18 tahun hingga 39 tahun.

Dengan visi untuk menjadi stesen radio yang akan memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur melalui gaya hidup, warisan dan tradisi setempat, Molek FM akan menyajikan pengisian yang memfokuskan komuniti serta memainkan muzik terbaik yang mesra telinga.

Molek FM juga bakal tampil dengan barisan penyampai yang akan menghiburkan pendengar dengan celoteh dan perkongsian yang informatif serta mampu memberikan aura positif kepada pendengar.

Teraju utama segmen pagi Molek FM, iaitu Mek Zura atau nama lengkapnya Siti Azuraina Sheik Omar dan Fizie akan menemani pendengar menerusi segmen Molek Pagi yang akan ke udara setiap hari Ahad hingga Khamis bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Fizie atau nama lengkapnya Mohamad Hafizie Roslan, pernah berkhidmat di Hot FM sejak 2014.

Manakala pengalaman Mek Zura mengemudi pendengar radio pantai timur sebelum ini, juga personaliti lincahnya menjadi faktor utama beliau dipilih menyertai Molek FM.

Pemilihan kedua-dua personaliti radio ini adalah bertepatan dengan fokus stesen iaitu menyasarkan pendengar di pantai timur.

Antara pengisian menarik yang akan disajikan oleh Molek Pagi adalah segmen Goreng Pisang, Rakyat of the Month dan peraduan menarik, Nyanyi Molek di mana pendengar berpeluang memenangi wang tunai.

Sebaik segmen pagi berakhir, segmen Molek 10-3 akan dikendalikan oleh Izzul. Bakal ke udara bermula 10 pagi hingga 3 petang, setiap Ahad hingga Khamis.

Izzul atau Mohd Izzul Nazmi Mazri sebelum ini pernah ke bertugas di segmen hujung minggu di stesen radio Buletin FM.

Molek 10-3 akan mempersembahkan pengisian yang memfokuskan kepada muzik, dimana segmen istimewa Gu Gerai yang akan memberi peluang kepada mereka yang bekerja atau berada di gerai-gerai sekitar Kelantan dan Terengganu untuk membuat permintaan lagu.

Penampilan selebriti kelahiran United Kingdom iaitu Tyler Daniel James atau lebih dikenali dengan nama Mat Dan sebagai penyampai di Molek FM, akan ke udara menerusi segmen Molek Petang bermula 3 petang hingga 7 malam, Ahad hingga Khamis.

Mat Dan mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas dan pada tahun 2018, telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia.

Mat Dan dikenali kerana kefasihan bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu yang memakan masa tiga hingga empat tahun untuk dikuasai.

Segmen Molek Petang bakal disajikan dengan pelbagai program yang lebih ringan dan perkongsian santai seperti Jumpa di TikTok iaitu perkongsian daripada pengisian menarik di TIkTok dan juga Awok Comey dimana pendengar berpeluang untuk berinteraksi bersama Mat Dan untuk berkongsi cerita harian mereka.

Melengkapkan barisan penyampai Molek FM, Kai Hassan atau nama lengkapnya, Abdul Karim Hassan akan menemani pendengar menerusi segmen Molek Malam yang akan memenuhi tetuang udara Molek FM bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari Ahad hingga Khamis.

Kai juga berpengalaman sebagai penyampai radio di beberapa stesen radio, iaitu di pantai timur dan selatan negara.

Seleksi segmen kerohanian akan menemani pendengar Molek FM setiap hari bermula 7 malam hingga 8 malam menerusi segmen Renungan Molek yang akan ditemani oleh tetamu jemputan.

Istimewa untuk pendengar Molek FM, Mek Zura dan Fizie akan tampil mengendalikan segmen hujung minggu menerusi Molek 30 Gu! bermula 9 malam hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat dan dengarkan ulangannya pada hari Sabtu bermula 8 pagi hingga 11 pagi.

Molek 30 Gu! merupakan segmen kira turun naik lagu-lagu Molek sepanjang minggu.

Bercakap mengenai pelancaran stesen baharu Molek FM, Nazri Noran, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio berkata: “Melalui Molek FM, kami yakin mampu meneroka lebih banyak idea dari pelbagai dimensi yang kreatif untuk pasaran dan pendengar pantai timur dalam misi untuk meraikan komuniti menerusi gaya hidup, warisan dan tradisi lokal.

“Pastinya impak yang positif diharapkan buat semua pendengar dengan pengisian dan penyampai yang lebih dekat dengan masyarakat Pantai Timur.”

Tambahnya lagi, keunikan dari segi budaya dan keinginan masyarakat Pantai Timur yang jauh berbeza dari penduduk negeri lain menjadi faktor mengapa tertubuhnya Molek FM.

“Kami telah merencanakan pelbagai pengisian dan kempen yang kami harap dapat menambat hati para pendengar Molek FM di pantai timur dan Malaysia, secara amnya kerana Molek FM juga boleh didengari melalui penstriman dalam talian samada melalui laman sesawang ataupun akaun YouTube Molek FM.

“Diharapkan para pendengar dapat menyokong Molek FM dan semua stesen radio di bawah naungan Media Prima Audio,” kata Nazri.

Kami juga ingin memperkenalkan ‘Duta Lapangan’ kami di Pantai Timur iaitu Geng Molek yang akan mula bersiaran dan melaksanakan aktiviti mereka di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu bermula 9 Januari ini.

Tujuan pihak MPA mewujudkan Geng Molek ini adalah bertepatan dengan gelaran mereka sebagai Duta Molek FM di lapangan yang akan mendekati pendengar dan secara tidak langsung menghargai para pendengar.

Selain itu, Geng Molek akan membuat lintasan dan memberitahu dimanakah mereka akan berada, juga akan memberikan pelbagai barangan eksklusif Molek FM serta memperluaskan lagi jenama Molek FM dalam kalangan orang awam.

Bermula Januari ini, pelbagai kempen telah diatur oleh pihak Molek FM kepada para pendengar antaranya Nasi Kukus Hopping di mana penyampai Molek FM akan membelanja penggemar Nasi Kukus di pelbagai kedai Nasi Kukus di Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, mereka juga akan memberikan pelbagai barangan eksklusif Molek FM kepada pendengar yang bertuah.

Tidak melupakan situasi banjir yang melanda seluruh negara ketika ini, pihak Molek FM juga mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk pantai timur yang terkesan dengan musibah.

Minggu lalu, penyampai Molek FM dan Geng Molek telah turun padang untuk memberikan kotak bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar negeri Kelantan.

Sempena pelancaran Molek FM ini, para pendengar berpeluang untuk memenangi sebuah trak pikap baharu, Nissan Navara menerusi peraduan Lagu Molek Navara.

Dengarkan Molek FM bermula 9 Januari ini untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai peraduan menarik ini.

Terus dengarkan Molek FM di mana saja anda berada kerana Molek FM komited untuk memberikan pelbagai segmen menarik yang lebih segar setiap hari juga hiburan muzik terbaik yang dikenali ramai dan nantikan pelbagai kempen yang akan disajikan kepada para pendengar di masa akan datang.

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu. Selain itu, pendengar juga boleh mendengarkan Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio atau YouTube Molek TV.

Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm dan Twitter @MolekFM serta YouTube Molek TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Feb 2021

“Saya Tak Tahu Apa Yang Bakal Jadi Nanti” – Nabila Razali Bersedia Dengan Segala Kemungkinan AJL35

Penyanyi Nabila Razali yang kini giat menjalani persiapan untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua. Pernah melalui isu yang kurang menyenangkan […]

Featured Thu, 6 Jan 2022

Bot Karam Ketika Misi Menghantar Bantuan Makanan

Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan berhadapan situasi yang mendebarkan apabila bot yang mereka naiki karam di Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang pada Rabu. Menerusi video yang dimuat naik oleh Sukan Star TV, salah […]

Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Trending Fri, 7 Jan 2022

IGN SEA Mulakan 2022 dengan Squad Up: Athena, Memperkasakan Gamers Wanita di Seluruh Asia Tenggara

Memulakan tahun baharu, REV Media Group (RMG) melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini dengan Squad Up: Athena khusus buat para wanita! Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun […]

Trending Mon, 11 Nov 2019

Lazada 11.11.19 Is Back, These Are The 11 Must Buy Deals You Should Definitely Purchase!

We list down these 11 super awesome items you should definitely BUY at Lazada 11.11!

Trending Tue, 23 Oct 2018

「猛毒卷线器」用长舌卷起你的充电线!

万众瞩目的反派英雄电影《猛毒》终于上映!至今仍然话题不断,而擅长设计创意小物的日本人也搭上这波​​风潮,推出「猛毒卷线器」,不似电影中骇人的模样,这款卷线器可爱又有创意。

Trending Wed, 11 Dec 2019

Wanita Nekad Kahwin Dengan Karpet Kesayangannya

Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

Trending Fri, 16 Apr 2021

Jadi Cikgu, Ben Amir Belajar Budaya Orang Asli

Mencurahkan bakti terhadap anak bangsa, pelakon Ben Amir menyelami dan mempelajari budaya Orang Asli. Melakonkan watak seorang guru, Ben mendalami karakter terbabit untuk drama bersiri Anak Sena terbitan Kembara Sufi yang bakal disiarkan di TV3 […]

Trending Tue, 10 Jul 2018

| Live TV