Categories: Trending

Memang Copycat Lara Alana! Awal Ashaari & Scha Alyahya Kongsi Wajah Baby L

Hari ini genap seminggu kelahiran Baby L, iaitu kelahiran cahaya mata kedua pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang dilahirkan pada Jumaat, 12 Februari 2021, tepat jam 9.15 minit pagi.

Pasangan ini juga dilihat telah berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat menerusi laman sosial mereka.

ARTIKEL BERKAITAN : “Welcome To The World Baby L” – Lara Alana Dah Jadi Kakak, Scha Alyahya & Awal Ashaari Sambut Kelahiran Baby Girl!

ARTIKEL BERKAITAN : “Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

 

Melihat kepada muat naik teaser yang dikongsi oleh pasangan ini menerusi akaun instagram mereka semalam, ternyata rata-rata peminat dan followers pasangan ini sebak menyaksikan perjalanan menyambut kelahiran bayi seberat 3.2 kilogram itu.

Memang sebijik muka Lara Alana!

Menerusi program itu juga, Awal dan Scha sempat berkongsi wajah comel anak kedua mereka dan ternyata memang saling ‘tak tumpah’ seperti wajah Lara Alana.

Jom kita usha wajah comel Baby L ini!

 

 

 

 

 

 

Comel kan? Apapun kita doakan semoga Baby L membesar dengan sihat dan bijak macam kakak Lara okay!

Salma Syahbuddin